PENGENALAN ASAS REAKREASI KAYAK DAN SUKAN ORIENTEERING
1.0 PENGENALAN
1.0
Pendahuluan
Kayak
ialah penggunaan kayak untuk bergerak merentasi air. Umumnya perbezaan kayak
dengan berkanu ialah kedudukan tempat duduk pendayung dan bilangan bilah
dayung. Berkayak ditakrifkan adalah bot dimana pendayungnya mendayung menghadap
kehadapan, menjulur kaki mereka kehadapan dan menggunakan dayung berbilah dua.
Hampir semua kayak ditutup dengan dek. Kini terdapat banyak sit-on-top kayak
dan ia semakin meningkat populariti. Kayak adalah bot didayung oleh manusia. Ia
dicipta oleh penduduk asal kawasan Artik di Amerika Utara dan Greenland
biasanya dikenali sebagai Inuitatau Eskimo. Perkataan kayak asalnya berti bot
manusia atau lelaki. Pembinaan asalnya merupakan rangka kayu diselaputi dengan
kulit haiwan seperti kulit anjing laut. Kayak asal ini digunakan untuk memburu
dilautan lepas Lautan Artik.
Kayak biasanya dikemudikan dengan
menggunakan pendayung dua belah. Pengguna kayak atau pendayung duduk dalam
kayak dengan kaki mereka kehadapan. Bahagian atas kayak ditutup dengan geladak.
Pengayuh duduk dalam lubang di kokpit yang boleh ditutup dengan skirt limpahan
atau spraydeck. Ini menjadikan bahawa sekiranya kayak terbalik, kayak tidak
akan dipenuhi air dan pendayung boleh menegakkan kayak kembali tanpa dipenuhi
air. Pergerakan ini dikenali sebagai gulingan Eksimo Eksimo Roll.
Pada zaman moden, kayak telah
dimajukan lebih lanjut menjadi beberapa jenis termasuk berkayak di air putih
whitewater kayaking, bot bermain playboats, surfing, kayak laut, perlumbaan air
tenang, berkanoe Slalom, polo kanoe dan riadah. Jenis-jenis ini boleh
dipecahkan lagi. Kayak moden diperbuat daripada plastik, fiberglass, kevlar, serat
karbon, kanvas atau kayu. Terdapat model untuk seorang arau dua orang. Kini
terdapat bot duduk di atas yang dimajukan juga dipanggil kayak dan dikendalikan
dengan pendayung dua bilah.
Orienteering adalah sukan rekreasi
yang memerlukan imbangan di antara koordinasi fizikal dan mental dengan baik.
Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik
kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang
telah ditandakan di atas peta dan ditentukan dipermukaan bumi mengikut susunan
tertentu.
Orienteering bermaksud peta, hutan
dan adventure. Sukan ini boleh di ibaratkan gabungan antara sukan merentas desa
(cross-country), pandu arah dan acara mencari harta karun (treasure-hunt). Ia
meliputi berbagai bidang latihan, kaedah, mainan dan pertandingan disamping
menyediakan ruang eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri.
1.1
Sejarah
Perkembangan Kayak Global
Seawal
peradaban manusia, aktiviti berkayak telah dijalankan secara meluas.
Sebagaimana yang diketahui umum bahawa 75% kawasan dunia diliputi air.
Sehubungan itu, manusia pada zaman dahulu telah menggunakan jalan air sebagai
sumber pengangkutan utama mereka. Pengembaran melalui jalan air lebih cepat
berbanding darat. Malahan kebanyakkan kawasan penempatan manusia dahulu juga berpusat
di pinggiran sungai.
Oleh hal demikian, masyarakat dahulu
telah menggunakan kayu-kayu hutan tropika untuk membuat kenderaan air dengan
cara menebuk atau membakar teras kayu. Kenderaan ini dikenali sebagai kanu
dugout.
Di Malaysia, nenek moyang kita menggunakan
kolek, perahu dan sampan. Di Eropah pula, hutannya kaya dengan kayu-kayu lembut
dan kulit kayu yang kalis air. Mereka membina kerangka kanu daripada kayu dan
dindingnya pula menggunakan kulit kayu birch. Kenderaan ini dinamakan kanu
Canadian.
Penghuni-penghuni Artik pula
mempunyai sumber kayu yang terhad, namun begitu mereka memiliki banyak sumber
kulit dan tulang dari ikan paus dan anjing laut. Oleh itu, mereka membina
kerangka kanu dari kayu atau tulang binatang dan disaluti dengan kulit binatang.
Kenderaan ini dinamakan Inuit ataupun Laual Eksimo.
Ketiga-tiga situasi ini telah
melahirkan pelbagai reka bentuk kanu. Sehingga kini, kebanyakan kayak dan kanu
yang digunakan masih lagi mengekalkan ciri-ciri di atas. Nmaun begitu, seiring
dengan perkembangan teknologi teradapat beberapa perubahan drastik dari segi
bahan, saiz dan berat serta bilangan pendayungnya.
1.2
Sejarah
Perkembangan Kayak Moden
Aktiviti
kanu dan kayak sebenarnya telah lama berkembang di dunia. Seorang yang bernama
John MacGregor telah memberi nafas baru dalam aktiviti ini. Jika sebelumnya,
kayak digunakan bagi tujuan pengangkutan tetapi kini ia merangkumi aspek yang
lebih meluas lagi iaitu dalam bidang sukan, kesenggangan dan pendidikan.
Sebagai mengiktiraf sumbangan John MacGregor dalam perkembangan aktiviti kayak,
beliau telah diberikan gelaran Bapa Kayak Moden.
John MacGregor adalah seorang pelaut
British yang berbangsa Scott. Oleh kerana sering mengembara keseluruh pelusuk,
beliau memperolehi pelbagai pengalaman. Pengalaman utama yang beliau perolehi
ialah tentang bagaimana orang Eksimo membina dan mengendalikan kayak mereka.
Pada tahun 1865, beliau telah mencipta sebuah kayak moden berdasarkan kayak
yang beliau saksikan di Artik. Kayak ini dinamakan Rob Roy. Sepanjang tahun 1865
hingga 1867, beliau telah menjelajah hamper kesemua sungai-sungai di Eropah
dengan menggunakan kayak ciptaannya ini.
Pada tahun 1866, kelab kanu pertama didunia
telah ditubuhkan di Twickenham England. Kelab ini telah bertanggungjawan
mempopularkan sukan kanu di seluruh England terutama dalam kalangan pelayar dan
golongan atasan British. 7 tahun kemudia, kelab ini telah di anugerahkan
gelaran Diraja oleh RatuVictoria. Sehingga hari ini, kelab ini telah melahirkan
ramai pengiat aktiviti kayak.
Persatuan kanu British Telah
ditubuhkan pada tahun 1887 dan memainkan peranan besar dalam memperkenalkan
aktiviti berkayak di seluruh England dan dunia. Selepas Perang Dunia Kedua,
namanya diubah menjado Persekutuan Kanu British (BCU) dan merupakan sebuah
pertubuhan kanu yang terkenal dan terulung di dunia.
Van
Clauseen, seorang Amerika telah mengilhamkan penubuhan sebuah badan kanu
bertaraf dunia. Pada 20 Januari 1924, ‘International Representanten Shaft De
Kanusport’ (IRK) telah ditubuhkan di Copenhagen, Denmark dengan dianggotai oleh
19 buah negara. Tahun 1927pula menyaksikan perubahan besar dalam kemahiran
berkayak apabila Pawlata dari Austria memperkenalkan teknik gulingan yang
dinamakan ‘Eksimo Roll’. Teknik yang telah beliau pelajari dari penduduk Artik
ini bertujuan untuk menaikan semula kayak yang terbalik tanpa perlu keluar
darinya. Di sinilah bermulanya perkembangan teknik ulangan yang lain.
Aktiviti pertandingan kayak mula
berkembang seawal tahun 1924 di mana acara pecut telah diperkenalkan sebagai
acara pertunjukan di Sukan Olimpik ke VII si Paris. Dua belas tahun kemudiannya
iaitu pada tahun 1936, acara pecut telah dipertandingkan secara rasminya di
Sukan Olimpik Berlin. Pada tahun 1949, Kejohanan Slalom Dunia telah dianjurkan
di Geneva.
Awal
tahun 60 an pula menyaksikan acara menuruni jeram diperkenalkan. Selepas itu,
perkembangan pertandingan sukan kayak terus bercambah dari kanu polo, surfinmg
hinggalah ke acara ‘rodeo’.
1.3
Sejarah
Perkembangan Kayak di Malaysia
Di
negara kita, kegiatan berkayak telah bermula seawal peradaban manusia. Tujuan
utamanya ialah sebagai medium pengangkutan dan perdagangan. Antara kanu yang
mula-mula digunakan ialah sampan kotak, perahu dan kolek. Sejarah kayak moden
pula bermula sekitar tahun1960 an. Ia diperkenalkan oleh pelaut British yang
berpengkalan di Woodlands, Singapura. Namun begitu, ia tidak popular dalam
kalangan umum kerana kegiatannya hanya tertumpu dikalangan anggota tentera dan
kakitangan kanan kerajaan sahaja. Selain itu, aktiviti berkayak pada masa itu
juga dipraktikkan dimaktab-maktab perguruan di seluruh negara. Guru-guru yang
mengikuti kursus Pendidikan Jasmani pada masa itu telah membina beberapa unit
kayak kanvas dan menjalankan pelbagai ekspidisi kayak di seluruh negara.
Sekitar
tahun 1970 an Pulau Pinang telah mempelopori aktitiviti kayak negara. Aktiviti
tumpuannya ialah ekspidi dan pertandingan. Antara kejohanan yang telah
dianjurkan ialaj Kejohanan Merentas Selat Pulau Pinang dan Kejohanan
Mengelilingi Pulau Pinang. Pada tahun 1980 an ‘Penang Canoe and Recreation
Club’ telah ditubuhkan. Ia merupakan kelab kanu pertama ditubuhkan di Malaysia.
Namun begitu, aktiviti hanya tertumpu di sekitar Pulau Pinang dan tidak
berkembang menyeluruh ke serata Malaysia.
Kementerian
Belia dan Sukan kemudiannya telah berusaha merangsang kegiatan kayak di seluruh
Malaysia. Program Malaysia Cergas merupakan indikator utama perkembangan
aktiviti ini. Bantuan kewangan dan peralatan berkayak telah disalurkan ke
seluruh negara. Aktiviti ekspidisi merupakan tumpuan utamanya.
Aktiviti
kayak tercatat dalam lembaran sejarah negara pada tahun 1988 apabila buat
pertama kalinya dua orang anak Malaysia telah Berjaya mengelilingi Semenanjung
Malaysia menggunakan kayak solo. Pengembaran sejauh 1846 km telah mengambil
masa selama 63 hari. Kejayaan ekspidisi ini telah menjana lagi perkembangan
aktiviti kayak negara.
Cabaran-cabaran
kayak telah dipertingkatkan lagi sehingga terlaksananya ekspidisi-ekspidisi
merentas lautan antarabangsa seperti Ekspidisi Kayak Nusantara Johor ke Riau,
Ekspidisi Kayak Antarabangsa Johor-Surabaya-Bali dan Ekspidisi Kayak
Antarabangsa Merentas Selat Inggeris. Ekspidisi-ekspidisi yang telah dijalankan
ini telah mengharumkan nama negara dan membuktikan kemampuan anak Malaysia.
Acara
pertandingan kanu pula diperkenalkan seawall ytahun 1980 an di Pulau Pinang.
Pada tahun 1990, Persatuan Kanu Kuala Lumpur telah menganjurkan Regatta Kanu
Kebangsaan yang pertama di Tasik Titiwangsa. Persatuan Rekreasi Wilayah
Persekutuan (PERWIP) pula telah menganjurkan pertandingan kayak arus deras di
Taman Negara.
Tahun1922
mencatat sejarah dalam perkembangan pertandingan kayak negara apabila acara
kayak telah dipertandingkan buat pertama kalinya di Sukan Malaysia Ke empat di
Johor Bharu. Acara menuruni jeram dam slalom telah diperkenalkan pad atahun
1994 dalam Kejohonan ‘War On Water’ di Jeram Besu, manakala acara kanu polo
pula telah diperkenalkan pada tahun 1995. Seiring dengan perkembangan aktiviti
berkayak sebagai satu disiplin sukan, atlet-atlet kayak Malaysia telah mencapai
beberapa kejayaan gemilang di peringkat antarabangsa. Aziz bin Ahamd dari Johor
telah memenangi pingat gangsa dalam acara TK1 1000m di Kejohanan Kanu Asia
Jepun pada tahun 1991. Bidang slalom pula mencatat sejarah apabila Salehuddin
Ayob telah melayakan diri ke Sukan Olimpik 1996 di Atlanta. Skuad Kayak Sukan
Sea 1997 ke Jakarta telah merangkul 3 pingat gangsa melalui penampilan pertama
mereka di arena Sukan SEA.
Aktiviti
berkayak juga aktif dijalankan di institusi pendidikan tinggi dan maktab perguruan.
Kurikulum Pendidikan Luar telah menyenaraikan kegiatan berkayak sebagai salah
satu aktiviti utamanya. Ia juga dijadikan salah satu aktiviti kokurikulum.
Antara universiti yang bergiat ialah Universiti Teknologi Malaysia, Universiti
Malaya, Universiti Teknologi MARA, Universiti Islam Antarabangsa dan Universiti
Pendidikan Sultan Idris. Pasa tahun 1999, Universiti Pendidikan Sultan Idris
telah mencatatkan sejarah apabila menjadi universiti pertama di Asia
memperkenalkan silibus Kayak Arus Deras dalam kurikulumnya.
1.0 2.0 PERBEZAAN
KAYAK DAN KANU
2.0
Definisi
Kanu
Kanu
atau kano adalah sebuah perahu kecil dan sempit yang biasanya digerakkan dengan
tenaga manusia sama ada dengan mendayung mahupun mengayuh namun ada juga yang
menggunakan layar. Bentuk kanu umumnya menirus pada kedua hujungnya dan terbuka
di bahagian atas badannya tetapi bahagian ini dapat diberi tutup.
Kanu
yang menggunakan tenaga manusia digerakkan dengan kayuh. Jumlah pengayuhnya
tergantung pada ukuran kanunya sendiri (umumnya dua). Para pengayuh duduk
menghadap kea rah tujuan perjalanan. Mereka duduk pada penyokong yang ada di
badan perahu atau berlutut langsung di badan perahu tersebut. Hal ini
membezakan cara mengayuh kanu dengan dayung olahraga dalam dayung para pengayuh
duduk membelakangi tujuan perahunya. Kayuh kanu dapat bersisi tunggal atau
bersisi dua.
2.1 Perbezaan
Kayak Dan Kanu
Kedua-dua
bot ini mempunyai perbezaan seperi bentuk, paddle, asal usul dan kegunaan
biasa. Kita perlu pandai memilih bot yang sesuai untuk keperluan rekreasi.
Bentuk
kanu bertubuh lebar dengan bahagian bawah rata. Buka di bahagian atas dengan
tempat duduk untuk mendayung. Kaki kanu di kedua-dua hujung dalam bentuk U
sangat sedikit. Canoe yang direka untuk tasik dan sungai yang bergerak perlahan
sering memakai kemudi untuk penstabilan perjalanan lurus.
Kayak
reka bentuk sempit daripada kanu. Kayak dilampirkan di bahagian atas dan
mungkin mempunyai skirt semburan untuk membuat meterai kedap air di sekitar
badan paddler itu. Paddler mesti duduk di dasar kayak. Kayak tradisional tidak
mempunyai kemudi. Direka dengan cepat dengan betul jika terbalik.
Terdapat
pengecualian untuk setiapperaturan apabila melihat reka bentuk kanu dan kayak.
Kedua-dua bot ini telah diubah suai untuk memenuhi keperluan sukan tertentu.
Paddles, kanu paddle bladed tunggal dan kayak dayung berlapis ganda. Ini adalah
cara termudah dan paling pasti untuk mengetahui sama ada bot itu adalah kanu
atau kayak. Asal pula, kanu yang digunakan oleh orang di seluruh dunia dari
sekurang-kurangnya 10,000 tahun yang lalu. Gaya-gaya tradisional yang pertama
diguna dan birchbark dengan kanvas dan kayu menjadi abad ke-19. Kanu yang lebih
besar digunakan untuk penerokaan dan pelayaran lautan. Kayak yang digunakan
oleh inuit dan suku-suku utara yang lain untuk memburu lautan terbuka. Secara
tradisi dibuat dari kulit kalis air yang terbentang di atas bingkai kayu
ringan.
Kegunaan
khas, kanu dua atau tiga orang biasanya mengayuh kanu. Ia digunakan di tasik
dan sungai yang tenang untuk perjalanan jarak jauh dan memancing kecil. Kayak
pula seorang dan jarang dua orang mengayuh kayak. Mereka sering digunakan untuk
jeram putih dan kurang sering untuk perjalana di tasik dan sungai yang tenang.
Kanu
biasanya lebih besar daripada kayak, kanu menggunakan paddle tunggal manakala
kayak menggunakan dayung berganda, kanu telah digunakan di seluruh dunia untuk
perdagangan awal dan perjalanan. Kayak telah dibangunkan untuk memburu dan
memancing di Laut Utara. Kanu biasanya ditemui di badan-badan yang tenang
airnya manakala kayak lebih sesuai untuk perjalanan whitewater.
2.2 Kategori
Kayak
·
SEA
KAYAK
Direka khusus
untuk aktiviti kembara sama ada untuk satu atau dua jurumudi dengan reka bentuk
permukaan dan saiz bersesuaian dengan keadaan persekitaran laut lepas.
·
WHITEWATER
KAYAK
Menggabungkan teknologi rekaan bot yang menekankan aspek ketahanan, sebagaimana kayak jenis slalom yang tahan lasak.
·
KAYAK
LUNCUR OMBAK ATAU SURF SKIS
Direka khusus
lebih kecil dan memanjang yang sesuai untuk aktiviti membelah ombak dan aktiviti
menyelamat di kawasan berombak.
·
KAYAK
JENIS PERLUMBAAN
Menampilkan rekaan
yang lebih tirus dan tajam di kedua-dua belah bahagian depan dan belakang malah
paling sukar untuk dikendalikan.
2.3 Jenis-Jenis
Kayak
·
Kayak
jenis Creek Boat
-
Kayak
jenis ini ialah kayak yang digunakan oleh orang yang baru menceburi bidang
kayak dan kanu. Ini adalah kerana kayak Creek ini memberikan kestabilan yang
tinggi dan mudah untuk dikendalikan.
·
Kayak
jenis Polo
-
Kayak
jenis ini digunakan di kawasan danau yang tenang dan kolam. Kayak ini hamper
sama dengan kayak Creek boat tetapi bentuk belakangnya lebih leper ini adalah
bagi memudahkannya memotong air semasa berpusing. Kayak ini juga dimainkan oleh
pemain polo berkayak.
· Kayak jenis Inflatable
-
Kayak
jenis ini diperbuat daripada gabungan getah dan gentian kaca. Kayak ini
mempunyai daya apungan yang tinggi. Kayak jenis ini perlu di pam angina sebelum
digunakan.
·
Kayak
jenis Squirt
-
Kayak
jenis ini sesuai digunakan untuk Rodeo di arus deras seperti enders dan
catwhell, ini adalah kerana kayak ini berbentuk tipis dan ruang didalamnya
hanya memuatkan kaki pendayung sahaja. Saiz kayak ini hanya 2.5meter oleh hal
yang demikian ia mampu menyelam.
·
Kayak
jenis Sprint
-
Kayak
jenis ini selalunya digunakan untuk acara perlumbaan. Ini adalah kerana kayak
ini berbentuk panjang, kecil dan tirus. Ianya sangat laju dan pendayungnya
memiliki keseimbangan yang sangat baik
·
Kayak
jenis Slalom
-
Kayak
slalom digunakan dalam keadaan selok belok. Kayak ini bersaiz pendek dihadapan
dan panjang serta lebih kembung di bahagian belakang. Panjang kayak ini adalah
6meter dan ia bentuk tajam dibahagian hadapan oleh hal yang demikian kayak ini
memiliki kelajuan dan kestabilan yang tinggi.
·
Kayak
jenis Downriver
-
Kayak
ini berukuran panjang sekitar 4m, di reka bentuk dan di bina deck leper, depan
tajam, memudahkan pendayung untuk masuk celah di pagar slalom.
·
Kayak
jenis SEA
-
Kayak
ini digunakan untuk melakukan aktiviti di laut. Kayak jenis ini berkuasa mengharungi
lautan. Kayak ini telah dibekalkan dengan kompas untuk navigasi. Selain itu,
kayak ini mempunyai ruang bebas air bagi menyimpan barangan semasa melakukan
aktiviti di belakang kayak ini pula terdapat alat kemudi.
-
·
Kayak
jenis Sit on Top
-
Kayak
jenis ini lambat bergerak dan juga sukar di uruskan. Selain itu, kayak ini
sukar untuk melakukan kemahiran atau teknik berguling (eskimo roll). Kelebihan
kayak ini ialah air tidak akan bertakung didalamnya kerana kayak ini telah
direka lubang-lubang khas untuk menghindarkan takungan.
1.0 3.0 PERALATAN
3.0
Anatomi Kayak
Bagaimana memilih
kayak yang sesuai. kayak yang kita pilih seharusnya bersesuaian dengan saiz
badan kita dan jenis aktiviti yang hendak kita lakukan. Kayak arus deras
selalunya pendek (2.86m-3.7m). Berbentuk bulat dan mempunyai geladak depan dan
belakang yang nipis bertujuan untuk memudahkannya memotong air dan berpusing
dengan cepat di arus deras. Kayak yang digunakan di laut pula lebih panjang
(4.6m-5.7m) dan mempunyai geladak yang lebih tinggi untuk memudahkannya
bergerak lurus dan meredah ombak. Kayak merupakan peralatan terpenting dalam
aktiviti berkayak. Sebelum kita berkayak kita haruslah tahu nama-nama di setiap
bahagian badan kayak anataranya ialah:
- Bow (hadapan)
Bow ialah bahagian
hadapan (hujung kayak hadapan), istilah BOW digunakan dalam pengendalian kayak.
istilah BOWMEN ialah ditujukan kepada orang yang duduk dihadapan.
- Stern (belakang)
Stern ialah bahagian
belakang (hujung kayak belakang), istilah STERN digunakan dalam pengendalian
kayak. Istilah STERNMEN ialah ditujukan kepada orang yang duduk di bahagian
belakang.
- Deck (bahagian
geladak atas
Bahagian atas kayak
dipanggil Deck. Ia berfungsi menutup bahagian atas kayak dan melindungi
bahagian kaki pendayung. Deck hadapan dipanggil Foredeck dan bahagian belakang
dipanggil Aftdeck.
- Toggles
Toggles ialah sejenis
tempat pemegang (tali) yang berada di bahagian Bow dan Stern. Ia berfungsi
untuk memudahkan kita mengangkat kayak.
- Cockpit (ruang
legar tempat duduk)
Cockpit ialah tempat
ruang legar tempat duduk pendayung yang terletak diantara foredeck dan aftdeck.
Ia berfungsi untuk pendayung duduk didalam kayak.
- Coaming
Coaming ialah bahagian
tepi yang mengelilingi Cockpit. Ianya berfungsi sebagai penahan air untuk masuk
ke dalam Cockpit. Selain itu ia juga digunakan untuk mengikat Spraycover.
- Seat (tempat
duduk)
Seat terletak didalam
Cockpit. Seat adalah tempat duduk pendayung.
- Footrest (tempat
rehat kaki)
Ia terletak didalam
dibahagian Foredeck. Ia merupakan tempat meletak kaki pendayung. Ia berfungsi
memberi daya cengkaman dan sokongan tenaga yang lebih melalui kombinasi
pergerakan tangan.
- Hull
Hull ialah bahagian
bawah kayak atau pun lantai kayak.
- Keel
Jika kita tengok
bahagian bawah kayak ada bahagian tengah yang
timbul dari depan hingga belakang. Itu dipanggil keel. Ia berfungsi
sebagai membelah air ketika mendayung.
- Hatches (tempat
ruang simpan barang)
Lubang penutup yang
terdapat ditengah bahagian Foredeck dan Aftdeck. Ia berfungsi untuk tempat
menyimpan barang atau peralatan diri atau alat perkhemahan. Biasanya Hatches
terdapat pada kayak laut sahaja.
3.1 Anatomi Pendayung (Paddle)
Sebagaimana kayak, pendayung (paddle) juga
mempunyai anatominya sendiri yang berfungsi untuk melancarkan lagi pergerakan dayungan.
Bahagiannya ialah:
·
Blade (Bilah mata dayung)
Blade ialah kepingan yang berada di hujung
batang dayung. Ia berfungsi untuk mangaut seberapa banyak air bagi menghasilkan
pergerakan kayak. Ia mempunyai pelbagai bentuk dan saiz bergantung kepada kegunaannya.
- Tip (pelindung mata dayung)
Tip ailah kepingan
LOGAM yang berada di hujung mata dayung. Sesetengah dayung tiada logam. Ia
berfungsi melindungi mata dayung (blade) daripada kerosakan akibat hentakan.
- Shaft / Loom /
Bar (Batang tengah Pendayung)
Ia berbentuk bulat dan
lazimnya lurus. Ia merupakan bahagian pemegang pendayung.
- Neck (leher
Pendayung)
Bahagian pencantuman
antara blade dan shaft.
- Drip Ring
(bulatan Getah)
Bahan yang diperbuat
daripada plastik atau getah dan terletak berhampiran dengan Neck. Ia berfungsi
untuk menghalang air dari blade mengalir ke shaft dan membasahi tangan
pendayung. Tidak semua pendayung memiliki Drip Ring
- Front of Blade
(Permukaan Dayung)
Bahagian hadapan bilah
dayung yang berbentuk cekung dan berfungsi untuk mengaut air.
- Back of Balde
(Belakang Dayung)
Bahagian belakang muka
dayung. Ia berbentuk cembung untuk memberi sokongan yang kuat kepada mata
dayung.
²
Bahan Buatan
Pendayung
Biasanya bahan untuk membuat Pendayung (blade)
ini terdiri daripada pelbagai jenis. Ini kerana setiap pendayung yang direka
bergantung kepada dua elemen penting iaitu prestasi dan kesesuaiannya
berdasarkan aktiviti yang akan dijalankan. Kebanyakannya pendayung ini
diperbuat daripada:
·
Kayu
·
Playwood (kayu lapis)
·
Fibreglass (gantian kaca)
·
Carbon/kevlar
·
Plastik
Ø
Cara-Cara Memegang
Dayung (Paddle) Dan Berdayung
Berdayung (paddling)
adalah satu gerak yang dilakukan oleh anggota kayak (canoeist) bagi menggerakan
kayak sama ada dari satu tempat ke tempat yang lain atau dari suatu posisi ke
satu posisi yang lain. Berdayung adalah satu kemahiran asas yang wajib kepada
setiap individu yang ingin melibatkan diri dengan kegiatan kayak. Sebelum
anda mula berdayung, terlebih dahulu anda mestilah tahu memegang dayung
(paddle) dengan cara yang betul.
- Ketika memegang
Shaft/bar (batang paddle) hendaklah dengan kedua belah tangan. Pegangan
ini jangan lah terlalu ketat kerana ini akan menyukarkan batang dayung
untuk mengerak-gerakkan ketika berdayung.
- Posisi kedua belah tangan yang memegang
dayung hendaklah sedikit keluar dari bahagian bahu.
- Posisi badan
hendaklah dibawa ke belakang seberapa mungkin supaya bahagian belakang
anda dapat bersandar pada kayak. Sementara itu, bahu anda mestilah berada
dalam keadaan yang selesa. Apabila berdayung kedudukan bilah dayung
(blade) mestilah keseluruhannya berada dalam air. Dayungan (stroke)
mestilah seberapa panjang yang boleh supaya kelajuan.
3.2 Penutup Cockpit (Spraycover/Spraydeck)
·
Cockpit ialah tempat ruang legar tempat duduk
pendayung yang terletak di antara foredeck dan aftdeck. Cockpit berfungsi untuk
pendayung duduk di dalam kayak.
3.3 Jaket Keselamatan
·
Jaket pula ialah bahan bantuan apungan yang
disarungkan ke bahagian badan melalui kepala yang menggunakan bahan apungan
luaran seperti udara ataupun gas. ketika di air ia boleh mengapungkan kita
dalam kedudukan 45 darjah menegak dalam jangka masa 72 jam.
3.4 Topi Keselamatan
·
Berfungsi melindungi kepala kita daripada
terhantuk di permukaan yang keras. selalu digunakan apabila berkayak di Jeram.
Topi Jenis tangkai yang akan menentukan apa jenis kepala yang diperlukan.
Paddlers Whitewater mesti memakai topi keledar yang diluluskan. Lain-lain jenis
paddler harus memakai topi dengan penuh. Ini akan melindungi mereka dari kesan
merosakkan matahari pada hari-hari panas serta membantu mereka mengekalkan haba
badan mereka pada hari-hari sejuk.
3.5 Pakaian
·
Seperti baju sukan, contohnya seluar jersi,
Wetsuit, Pakaian renang selam, seluar panjang dan baju berlengan panjang.
3.6 Kasut
Air (Booties)
Cuaca
dan keadaan yang sepatutnya dikenakan sarung kaki tertutup yang sesuai. Kasut
kaki dan booties sangat baik untuk mendayung air sejuk. Kaki kasut lama, kasut
air, atau kasut kaki tertutup berfungsi dengan baik dalam keadaan hangat. Dalam
kedua-dua kes, harus memastikan bahawa perlu memakai perlindungan kaki yang
baik. Jika tidak memakai kasut yang betul apabila lalu di Batu-batu, kerang,
kehidupan laut, dan juga kaca menyebabkan kecederaan yang kerap pada paddler
yang tidak curiga kerana mereka tidak memakai kasut yang sesuai ketika berkano
dan berkayak.
3.7 Senarai
Peralatan Berkayak
Dalam
aktiviti berkayak ini banyak peralatan yang penting kita gunakan dan yang
paling penting ialah kayak itu sendiri, paddle (pendayung), jaket keselamatan
dan yang terakhir wisel.
3.8 Penjagaan Peralatan
Kayak
Kayak
-
Jangan duduk atas
kayak
-
Jangan hempas kayak atau jatuhkannya
-
Jangan langgar tebing atau batu
-
Bilas dengan air
yang bersih
Paddle
-
Jangan jatuhkan
-
Mata pendayung
jangan dicucuk di tempat keras
-
Jangan tolak tebing
guna mata pendayung
2.0 4.0 KESELAMATAN BERKAYAK
2.0
Punca Kemalangan
Kurang pengawasan (penganjur atau ibubapa) terhadap
terhadap anak atau peserta yang bermain di air. Terbaik ialah beritahu kawasan-kawasan
yang bahaya dan elakkan.
·
Tidak tahu atau kurang kebolehan untuk menyelamat orang
lemas
·
Tidak mematuhi peraturan yang telah dinyatakan
·
Kurang pengetahuan tentang aktiviti atau sukan air yang
disertai (langkah keselamatan untuk melepaskan diri) jika musibah berlaku
contoh berkayak
·
Kurang kemahiran/pengalaman dari segi teknik dan
pengendalian sukan yang disertai.
·
Cemas@kelamkabut (panik), bila panik musibah mudah
berlaku, sebaiknya tenteramkan diri agar panik hilang
·
Kekejangan otot, kebisaan berlaku apabila berenang; ia
disebabkan pengunaan tenaga yang berlebihan dan sejuk. Jika berlaku tahan sakit
apungkan diri dengan tangan dan berenanglah ketebing. Teknik lain ialah jika
berlaki dikaki, bongkokan badan ke hadapan, bahagian muka menghadap kebawah
air, tarik nafas dan tarik kaki kearah atas sambil mengurut kaki itu. Jika otot
perut, tarik otot itu dengan menukarkan kedudukan badan.
·
Pengaruh bahan yang memabuk dan menghayalkan (dadah, arak
dan lain-lain)
·
Ombak yang besar- jika boleh elakan.
·
Arus sungai atau laut yang kuat/deras
·
Akibat dari terkena hidupan air yang berbisa.
·
Tidak pandai berenang atau kurang mahir (penggunaan life
jacket amat digalakan)
·
Berenang ditempat yang merbahaya.
4.1
Langkah-Langkah Keselamatan
·
Sebelum tugas menyelamat dilakukan empat prinsip ini
harus diberi perhatian:
·
Mengekalkan wujudnya kecemasan
·
Menilai keadaan, kemampuan dan cara
·
Tindakan menyelamat
·
Rawatan kecemasan dan tindakan susulan
Terdapat lima cara yang biasa digunakan untuk menyelamatkan
orang lemas, tetapi ia bergantung juga kepada situasi dan kesesuaian untuk
menyelamat. Harus ingat orang yang lemas itu amat panik dan jika tersilap cara
anda sekali akan manjadi mangsa. Oleh itu fikirkan keselamatan diri dahulu,
kemudian baru pergi menyelamat.
·
Cara pertama: Capaian - gunakan tangan atau kayu hulurkan
kepada mangsa jika jarak tidak jauh
·
Cara kedua: Harungan - berlaku jika air cetek dan boleh
pergi ke mangsa
·
Cara ketiga: Lontaran - gunakan tali dan lontar, agar
dapat dipegang oleh mangsa dan kita boleh tarik atau lontarkan apa saja objek
yang boleh terapung.
·
Cara keempat: Kayuhan - gunakan perahu atau kayak untuk
menyelamat
·
Cara kelima: Renang - Jika sudah tiada cara lain, renang
untuk menyelamat dilakukan. Untuk itu pastikan anda cekap berenang dan yakin
untuk melakukan.
4.2
Panduan Langkah Keselamatan
Keselamatan
sukan perahu telah dibahagikan kepada lima aspek iaitu kesempurnaan perahu,
jaket keselamatan, minuman alcohol, kesedaran cuaca dan mengekalkan keapungan.
·
Bagi kesempurnaan perahu, kita harus
memastikan perahu boleh berfungsi dengan baik sebelum menjalankan aktiviti air.
Kita harus memeriksa setiap bahagian perahu dengan terperinci untuk mengelakkan
berlakunya sebarang kemalangan. Jika terdapat apa-apa kerosakan, kita harus
membaikinya sebelum menggunakannya. Kita juga jangan lupa memeriksa pengayuh
kita dan memastikannya dapat berfungsi dengan baik. Kita juga perlu mempunyai
pengetahuan yang cukup untuk menjalankan aktiviti air.
·
Selain itu, kita juga harus sentiasa memakai
jaket keselamatan semasa menjalankan aktiviti air. Perenang yang baik juga
harus memakai jaket keselamatan kerana banyak kemalangan tidak dapat
diramalkan. Kita dapat mengekalkan keapungan dengan memakai jaket keselamatan
jika kita terjatuh ke dalam air. Oleh itu, memakai jaket keselamatan dapat
meningkatkan peluang untuk diselamatkan dan terus hidup.
·
Di samping itu, kita juga harus mempunyai
kesedaran tentang keadaan cuaca. Perahu yang kecil mudah dilukai disebabkan
keadaan cuaca yang buruk. Kita harus memegang dua peraturan iaitu mengetahui
keadaan cuaca sebelum menjalankan aktiviti air dan memberi perhatian kepada
langit dan awan semasa berada dalam perahu. Oleh itu, kita harus sentiasa
memeriksa ramalan cuaca dengan menggunakan radio atau telefon bimbit. Jika
keadaan cuaca pada hari menjalankan aktiviti air sangat buruk, kita harus
menangguhkan aktiviti tersebut. Kita harus memerhatikan cuaca sekeliling
biarpun ramalan cuaca mengatakan keadaan cuaca pada hari itu adalah baik.
·
Selain daripada itu, kita harus mengelakkan
minuman alcohol sebelum atau semasa menjalankan aktiviti air. Hal ini
disebabkan kebanyakan kes kemalangan aktiviti air berkaitan dengan minuman
alcohol. Selepas minum minuman mengandungi alcohol, kesedaran dan kemahiran
kita akan menjadi lemah. Ini akan mengurangkan peluang untuk terus hidup.
Minuman alcohol juga akan melemahkan kestabilan, kesedaran visual, masa untuk
memberi respond dan sebagainya.
·
Kita juga perlu membuat float plan, jika anda
merencanakan satu perjalanan berkayak, seseorang harus tahu saat anda mengalami
hal buruk di tengah perjalanan, dan salah satu cara yang terbaik adalah
memberitahu seorang teman atau keluarga anda terlebih dahulu sebelum anda
memulai perjalanan anda. Beritahukan nama-nama teman seperjalanan anda, tempat
atau nama sungai yang akan anda jelajahi, di titik mana anda akan mulai dan di
titik mana anda akan mengakhiri perjalanan anda, bilakah anda bercadang untuk
tiba di tempat tujuan dan rancangan-rancangan perhentian anda. Sebaiknya anda
juga menyertakan nombor-nombor telefon penting untuk di hubungi saat anda tidak
boleh tiba di waktu yang telah dirancangkan. Float Plan seharusnya dibuat lebih
teratur lagi manakala anda merancangkan untuk menjelajahi sungai dalam waktu
lama.
·
Jujur terhadap diri sendiri dimana kita perlu
memahami kemampuan dan keterbatasan diri sendiri sangatlah penting. Anda harus
jujur terhadap diri sendiri dan jujur terhadap teman seperjalanan. Hidup anda
dan teman seperjalanan anda sangat tergantung bagaimana memahami kemampuan
masing-masing. Jika anda menganggap diri anda lebih dari yang anda mampu,
apabila terjadi perkara yang buruk rakan seperjalanan anda akan mengharapkan
bantuan anda dan anda tidak mampu memberikannya. Jika anda seorang yang baharu jadi
akuilah. Jika anda sudah berpengalaman, biarkan mereka tahu. Kita harus membuat
perjalanan sebaik yang mungkin dengan membiarkan rakan seperjalanan kita
memahami kelebihan dan keterbatasan kita, sehingga saat hal buruk betul-betul
terjadi, kita boleh memutuskan sesuatu dengan tepat dan cepat tanpa bergantung
pada orang yang salah.
·
Memahami keadaan cuaca dimana sungai-sungai
yang mudah sekali terjadi banjir pada saat-saat tertentu. Ini sangat
membahayakan bagi orang yang berkayak. Kita perlu Merancang suatu perjalanan
kayaking sudah seharusnya juga memperhitungkan masalah cuaca. Perbekalan dan logistik yang kita bawa untuk
keselesaan perjalanan juga perlu disesuaikan dengan keadaan cuaca. Pastikan
anda mencatat keadaan cuaca pada saat perjalanan kayaking anda agar terhindar
dari hal-hal yang tidak diinginkan. Jika terpaksa melakukan perjalanan pada
musim yang berbahaya, alat komunikasi yang tahan air sangat penting untuk
disertakan dalam daftar perbekalan yang akan anda bawa.
· Fahami keadaan arus sungai. Jangan mengharungi arus sungai yang melampaui kemampuan anda dan kayak yang anda gunakan. Arus yang belum anda fahami bukanlah tempat untuk menguji kemampuan anda, juga bukan tempat yang baik untuk mendapatkan pujian. Setiap jeram dan arus sungai mempunyai tentangan dan tingkat bahaya yang berbezda-beza. Bahkan kayaker yang sudah berpengalaman perlu penyesuaian dengan arus sungai sebelum memutuskan untuk berkayak. Jika anda belum mengenali sungai yang anda jelajahi dengan baik, scouting (pengamatan) adalah hal paling bijaksana yang harus anda lakukan. Fikirkan beberapa kemungkinan jika keadaan darurat terjadi. Jika kayak yang anda gunakan atau skill anda tidak memungkinkan untuk mengharunginya, portaging adalah pilihan yang paling baik. Angkat kayak anda dan berjalanlah menyusuri tepi sungai untuk menghindari ‘danger spot’ dan mulailah berkayak di luar kawasan berbahaya tersebut.
·
Fahami keadaan air sungai. Biasanya setelah
hujan lebat, air sungai meningkat, menciptakan jeram-jeram tak terduga, bahkan
juga membawa berbagai material pada alirannya. Batu-batuan, batang pokok,
bahkan sampah terbawa arus dengan mudahnya. Material-material seperti ini
sering mengakibatkan kecelakaan. Material bawaan seperti ini boleh di bezakan
menjadi tiga; mengapung di permukaan, bergerak dibawah permukaan, dan terhenti
di dasar sungai. Material yang bergerak
dibawah permukaan atau yang tersangkut didasar sungai sangat berbahaya.
· Jangan berkayak sendirian. Berkayak sendiri tanpa teman sangat tidak disarankan. Terutama jika anda termasuk golongan baru dan belum mengenali sungai tempat anda berkayak dengan baik. Berbagai kemungkinan boleh terjadi selama perjalanan, dan sangat mungkin anda akan memerlukan seseorang, terutama dalam keadaan darurat dan tendesak.
·
Berpakaianlah dengan betul, disesuaikan dengan
keadaan cuaca dan keadaan sekitar sungai. Pakaian dengan lengan panjang sangat
disarankan terutama jika anda melakukan perjalanan di hari siang. Pakailah
pakaian dengan bahan yang mudah kering. Dalam trek panjang, jika anda tetap
untuk mendayung di hari malam, pakailah pakaian. Pada tengahhari, pakailah topi
yang lebar untuk melindungi kepala, tengkuk, mata dan telinga anda dari
matahari.
· Pakailah kacamata. Anda mungkin memerlukan tali untuk kacamata anda. Hal ini sangat penting supaya anda tidak kehilangan kacamata pada saat anda terguling ke dalam air. Kacamata pelindung matahari sangat disarankan terutama bagi anda yang sensitif terhadap sinaran matahari. Pastikan kacamata anda boleh menjaga mata daripada sinaran ultra violet.
· Jangan lupa memakai kasut saat berkayak. Kasut yang ringan atau yang bertali sangat disarankan untuk kegiatan ini. Anda mungkin harus beberapa kali menjejakkan kaki di dasar sungai, dan anda mungkin tidak menduga apa yang ada disana. Permukaan tanah di sekitar sungai yang berbatu juga boleh menjadi hal yang berbahaya bagi kaki anda. Perjalanan anda tidak akan bagus jika anda melakukannya dengan kaki yang terluka.
·
Bawa air minuman. Meskipun kita berkegiatan di
atas air, namun cuaca panas boleh menyebabkan masalah yang serius. Boleh
menyebabkan anda kehilangan kemampuan untuk mengawal akal sihat anda. Bawalah
air minuman yang cukup untuk perjalanan anda.
·
Jika terlempar dari kayak. Bersiaplah untuk
terlempar dari kayak anda jika anda suka menjelajahi jeram. Jangan panik jika
anda terlempar. Anda pasti terapung kerana anda sudah memakai jaket
keselamatan. Usahakan tetap memegang kayak dan tolak ke arus yang lebih tenang.
Anda sebaiknya tetap berada di belakang kayak dan berpegangan. Segeralah
berenang ke pinggir sungai untuk memeriksa kerosakan.
· Jika kayak anda terbalik. Jangan panik. Pertama pastikan anda berada di perairan yang aman, tidak ada material sungai yang membahayakan di sekeliling anda. Tetap berada dekat kayak, kecuali kayak anda tersepit pada material sungai yang berbahaya bagi keselamatan anda. Jika anda boleh berpegang pada kayak, anda boleh menolaknya ke sisi yang lebih tenang. Terapunglah dengan life jacket menghadap ke atas dengan kaki menghadap ke arah hilir. Sebaiknya pelajari cara membalikkan kayak anda di dalam air sebelum anda memutuskan untuk memulai suatu perjalanan.
4.3 Isyarat dan Komunikasi
& Isyarat Menggunakan Pendayung
4.4 Punca Kemalangan
·
Kurang pengawasan (penganjur atau ibubapa) terhadap
terhadap anak atau peserta yang bermain di air. Terbaik ialah beritahu
kawasan-kawasan yang bahaya dan elakkan.
·
Tidak tahu atau kurang kebolehan untuk menyelamat orang
lemas
·
Tidak mematuhi
peraturan yang telah dinyatakan
·
Kurang pengetahuan tentang aktiviti atau sukan air yang
disertai (langkah keselamatan untuk melepaskan diri) jika musibah berlaku
contoh berkayak
·
Kurang kemahiran/pengalaman dari segi teknik dan
pengendalian sukan yang disertai.
·
Cemas@kelamkabut (panik), bila panik musibah mudah
berlaku, sebaiknya tenteramkan diri agar panik hilang
·
Kekejangan otot,
kebisaan berlaku apabila berenang; ia disebabkan pengunaan tenaga yang
berlebihan dan sejuk. Jika berlaku tahan sakit apungkan diri dengan tangan dan
berenanglah ketebing. Teknik lain ialah jika berlaki dikaki, bongkokan badan ke
hadapan, bahagian muka menghadap kebawah air, tarik nafas dan tarik kaki kearah
atas sambil mengurut kaki itu. Jika otot perut, tarik otot itu dengan
menukarkan kedudukan badan.
·
Pengaruh bahan yang memabuk dan menghayalkan (dadah, arak
dan lain-lain)
·
Ombak yang besar- jika boleh elakan.
·
Arus sungai atau laut yang kuat/deras
·
Akibat dari terkena hidupan air yang berbisa.
·
Tidak pandai
berenang atau kurang mahir (penggunaan life jacket amat digalakan)
·
Berenang ditempat
yang merbahaya.
4.3 Langkah-Langkah
Keselamatan
Sebelum
tugas menyelamat dilakukan empat prinsip ini harus diberi perhatian:
·
Mengekalkan wujudnya kecemasan
·
Menilai keadaan, kemampuan dan cara
·
Tindakan menyelamat
·
Rawatan kecemasan dan tindakan susulan
Terdapat lima cara yang biasa digunakan untuk
menyelamatkan orang lemas, tetapi ia bergantung juga kepada situasi dan
kesesuaian untuk menyelamat. Harus ingat orang yang lemas itu amat panik dan
jika tersilap cara anda sekali akan manjadi mangsa. Oleh itu fikirkan
keselamatan diri dahulu, kemudian baru pergi menyelamat.
Cara pertama: Capaian - gunakan tangan atau kayu hulurkan
kepada mangsa jika jarak tidak jauh
Cara kedua: Harungan - berlaku jika air cetek dan boleh
pergi ke mangsa
Cara ketiga: Lontaran - gunakan tali dan lontar, agar
dapat dipegang oleh mangsa dan kita boleh tarik atau lontarkan apa saja objek
yang boleh terapung.
Cara keempat: Kayuhan - gunakan perahu atau kayak untuk
menyelamat
Cara kelima: Renang - Jika sudah tiada cara lain, renang
untuk menyelamat dilakukan. Untuk itu pastikan anda cekap berenang dan yakin
untuk melakukan.
4.4 Isyarat Dan
Komunikasi & Isyarat Menggunakan Pendayung
·
BERHENTI
-Untuk
mengarah semua pendayung berhenti.
-Kedua-dua
tangan memegang pendayung secara melintang.
-Dayung
diangkat melepasi separas kepala.
·
BERAKIT/RAFTING
-Untuk
mengumpulkan kesemua pendayung.
-Pendayung
diangkat tegak ke atas.
-Mata
dayung berada di udara, selari dengan arah bow kayak.
·
ARAH PERGERAKAN
-Untuk
semua kayak bergerak ke kiri, pendayung diletakkan secara melintang disebelah
kiri.
-Untuk
ke kanan, pendayung digerakkan ke kanan
·
KECEMASAN
-Untuk
menarik perhatian bagi mendapatkan bantuan kecemasan.
-Pendayung
diangkatkan tegak ke atas dan dilambaikan ke kiri dan kanan kayak.
·
CALL OFF
-Untuk
memanggil semua kayak pulang ke pangkalan kerana kecemasan.
-Pendayung
diangkatkan tegak ke atas dan digerakkan ke hadapan dan ke belakang.
2.0 5.0 TEKNIK DAN ASAS BERKAYAK
5.1 Teknik Mengangkat Kayak
·
Pikulan di bahu
berseorangan.
Teknik ini sesuai untuk mengangkat kayak yang ringan atau pun kayak
solo.
Bahagian tengah cockpit diletakkan pada bahu yang
dominan bagi mengekalkan keseimbangan kayak. Tangan yang dominan pula memegang
hujung cockpit bagi menyelaraskan keselesaan dan keseimbangan berat kayak,
manakala sebelah tangan lagi memegang pendayung.
·
Kelekan di pinggang
berpasangan.
Dua orang diperlukan untuk menggunakan teknik ini. Pengangkat mestilah
berada di bahagian bow dan stern serta berlawanan arah. Tangan pengangkat
mestilah memegang bahagian bow dan stern atau pun toggle dengan kemas.Kayak
diinjak ke atas dan dikepitkan di pinggang. Sesuai untuk mengangkat kayak dalam
jarak yang dekat atau kayak yang berat.
·
Pikulan di bahu
berpasangan.
Tekniknya adalah
sama seperti kelekan di pinggang. Kedudukan pengangkat mestilah selari atau pun
sama arah. Ini bertujuan untuk membolehkan mereka berkomunikasi dan mengelakkan
kecederaan berlaku sekiranya kayak yang dipikul terjatuh. Teknik ini sesuai
untuk mengangkat kayak dalam jarak yang jauh.
·
Angkat menggunakan
tangan
Dua orang individu
diperlukan untuk mengangkat kayak dengan memegang toggle dengan tangan di
bahagian bow dan stern dengan kemas. Kaedah ini sesuai untuk mengangkat kayak
dalam jarak yang dekat
5.2 Teknik Masuk ke Dalam Kayak
·
Kawasan pantai
Letakkan bahagian hadapan kayak di gigi air dan
bahagian belakang di atas pasir. Masuk ke dalam kayak. Lutut menyangga knee
brace dan hujung kaki menekan footrest bagi meningkatkan daya imbangan kayak.
Lancarkan kayak ke air dengan kedua-dua tangan menolak pasir hingga keseluruhan
kayak berada dia air.
·
Kawasan air cetek/separas lutut
Letakkan kayak di atas air. Tangan dominan memegang
pendayung dan diletakkan di sisi kayak. Tangan yang memegang pendayung
diletakkan di bahagian luar cockpit dan angkat kaki yang paling hampir dengan
kayak ke dalam cockpit. Luruskan kaki dan pada masa yang sama sebelah lagi
tangan memegang cockpit. Letakkan punggung pada tempat duduk, pastikan imbangan
yang stabil. Angkat sedikit punggung dan masukkan ke dalam kayak dengan segera.
Angkat
semula punggung dan masukkan sebelah lagi kaki ke
dalam cockpit.
·
Kawasan air dalam
Letakkan pendayung ke dalam cockpit. Pegang
bahagian stern dengan kedua-dua tangan. Lonjakkan bahagian abdominal badan ke
bahagian stern. Kangkangkan kaki sehingga kedua-dua kaki mengepit bahagian
stern dan meniarap di atas bahagian aftdeck. Capai cockpit dengan kedua-dua
tangan dan tarik badan ke arahnya. Keluarkan pendayung dan pegang dengan
sebelah tangan. Masukkan segera punggung ke dalam cockpit manakala kedua-dua
kaki masih lagi di luar menghala ke hadapan kayak. Kekalkan keseimbangan dan
bawa kedua-dua kaki masuk ke dalam cockpit.
·
Berpasangan
Sternman memegang kayak dan mengimbanginya.
Pendayung diletakkan di bahagian cockpit belakang. Bowman masuk dahulu. Bowman
keluarkan pendayung dari cockpit dan bertugas mengimbangi kayak pula. Sternman
melancarkan kayak dan masuk ke dalam kayak.
5.3 Teknik Duduk di Dalam Kayak
Punggung seharusnya berada di atas bahagian
tengah tempat duduk. Pastikan tempat duduk sesuai dengan saiz punggung bagi
mengelakkan ketidakseimbangan kayak.
·
LUTUT
Duduk dengan menyangga lutut pada knee brace. Mengekalkan
keseimbangan dan mengelakkan pendayung terkeluar dengan mudah dari kayak
sekiranya terbalik.
·
HUJUNG KAKI
Bahagian tengah tapak kaki harus diletakkan pada
footrest. Mendapatkan daya sokongan dari setiap bahagian badan semasa mendayung
dan mengelakkan badan menggelungsur ke hadapan apabila kayak terhentak dengan
kuat.
·
KEDUDUKAN BADAN
Badan harus tegak seperti duduk di atas kerusi. Pastikan kedudukan membolehkan
bergerak dengan selesa ke hadapan, belakang, sisi dan memusing tanpa hilangnya
imbangan. Jangan sandar ke
bahagian cockpit bagi mengelakkan kurang daya kawalan dan imbangan, juga
membahayakan postur badan dan mencederakan lower back.
·
MATA/KEDUDUKAN KEPALA.
Memandang ke arah yang dituju. Mengelakkan haluan kayak
tersasar.
·
KELUAR DARI KAYAK
Undurkan kayak sehingga menghampiri tebing, jeti
atau pun pantai. Pastikan bahagian stern menghadap ke darat. Pegang cockpit
dengan kedua-dua tangan anda. Keluarkan sebelah kaki sehingga mencecah dasar
pasir. Angkat punggung dan hulurkan sebelah lagi kaki anda keluar. Berdiri
tegak dan pastikan kestabilan kayak. Semasa keluar di jeti, gunakan pendayung
untuk mengimbangi kayak.
5.4 Memasang
Penutup Cokcpit (Spraycover)
·
Berfungsi sebagai menutup cockpit dan menghalang
air daripada masuk ke dalam kayak. Ia dipakai di pinggang pendayung dan
disangkut pada coaming serta mudah ditanggalkan pada keadaan terdesak.
5.5 Teknik Keluar dari Kayak
Teknik
untuk keluar dari kayak apabila terbalik.
·
Duduk dalam kayak
dengan teknik yang betul. Letakkan kedua-dua
tangan di sisi kayak dan pegang bahagian hull,
port dan starboard kayak.
·
Terbalikkan kayak,
tepuk bahagian hull sebanyak 3 kali, lucutkan spray
cover dari coaming.
·
Bengkokkan badan ke
hadapan, luruskan kedua-dua kaki, pegang cockpit
dengan kedua belah tangan, tolak bahagian
punggung dan kaki anda keluar.
5.6 Teknik Mengeluarkan Air Dari Kayak
Biarkan kayak terbalik.
Pegang bow dan stern bersama-sama. Sekiranya terlalu banyak air dalam kayak
jangan terus angkat kerana terlalu berat. Sendengkan kayak ke kiri dan angkat
perlahan-lahan. Air akan keluar sedikit demi sedikit dan akan meringankan
beban. Terbalikkan semula kayak dan buat pergerakan jongkang-jongkit. Lakukan
berulang kali sehingga semua air keluar.
·
MENGGUNAKAN TEBING (BERSEORANGAN)
Letakkan hujung bow
kayak di atas tebing, anda berada di dalam air. Terbalikkan kayak. Angkat bahagian stern yang anda pegang dan lakukan teknik
jongkang-jongkit.
·
MENGGUNAKAN PERMUKAAN LAUT (BERSEORANGAN)
Letakkan kayak dalam posisi normal di atas
permukaan air. Tekan bahagian stern sehingga semua air berkumpul di
bahagiannya. Dengan cepat, terbalikkan kayak dan angkat bahagian stern.
·
MENGGUNAKAN PINGGANG
Sesuai bagi membuang
air yang sedikit di dalam kayak solo. Buat pergerakan yang sama seperti kayak
solo ke bahu. Letakkan bahagian tengah cockpit di belakang badan anda. Sentiasa bengkokkan lutut
bagi mengelakkan kecederaan. Lakukan teknik jongkang-jongkit sehingga semua air
keluar.
·
SIDEWAYS BERPASANGAN
Bagi membuang air yang terlalu banyak dari dalam
kayak. Secara berpasangan, sendengkan kayak anda ke sisi. Biarkan air keluar
dari kayak. Terbalikkan kayak, buat pergerakan jongkang-jongkit bagi
mengeluarkan semua air.
2.0 6.0 TEKNIK
ASAS DAYUNGAN
6.1 Menentukan Saiz Pendayung (Paddle) yang
Sesuai
·
Mestilah sesuai
dengan ketinggian.
·
Berdiri tegak,
letakkan pendayung secara menegak di atas permukaan tanah.
·
Tegakkan tangan ke
udara. Hujung jari mestilah dapat menggenggam mata dayung yang berada di atas.
6.2 Teknik Dayungan Asas
1. DAYUNGAN KE HADAPAN (FORWARD STROKE)
• FIRMING
Badan bengkok sikit ke hadapan, torso kanan digerakkan ke hadapan,
jangkau mata dayung ke hadapan sejauh yang boleh. Tangan kiri dibengkokkan
separas bahu.
• CATCH
Jangkau sejauh mungkin dan
benamkan mata dayung dalam air.
• PULL/DRAW/POWER
Gerakkan torso kanan ke
belakang dan kanan tarik mata dayung ke
belakang. Tarik
pendayung sampai ke sisi pinggang.
• EXIT
Keluarkan mata dayung dari air,
pergelangan tangan kanan putar
batang pendayung ke atas agar
menghadap air. Masukkan pula
mata dayung kiri ke dalam air.
Tolak air.
2.
DAYUNGAN MENGUNDUR
(BACKWARD STROKE)
·
CATCH
Pusingkan torso kanan ke arah stern. Jangkau sejauh mungkin dan benamkan
mata dayung dalam air.
·
PUSH AND EXIT
Tolak mata dayung ke hadapan bahagian kiri dan kanan secara berulang
kali.
3.
BERHENTI
• Kayak yang bergerak ke hadapan: dayungan mengundur yang pantas.
• Kayak yang bergerak ke belakang: dayungan hadapan yang pantas.
4.
DAYUNGAN SAPUAN
HADAPAN (FORWARD SWEEP STROKE) Untuk memusingkan dan membetulkan haluan kayak
yang tersasar
• CATCH
Tangan kiri pegang
neck dan kanan pegang tengah-tengah batang dayung. Tangan kanan jangkau ke
depan sampai mata dayung bersebelahan bow
• PULL
Benamkan mata dayung dalam air. Tarik mata
dayung ke belakang.
• SWEEP
Tangan kanan lurus
menarik pendayung sehingga stern. Tangan kiri tolak batang pendayung hingga
sebelah kanan kayak.
• EXIT
Keluarkan mata dayung dari air apabila
menghampiri bahagian
stern. Ulang teknik.
5.
DAYUNGAN SAPUAN KE
BELAKANG (REVERSE SWEEP STROKE)
·
Berlawanan kaedah
teknik dayungan ke hadapan.
·
Pendayung didayung
dari bahagian stern ke hadapan bow; tak perlu tukar arah mata dayung.
6.
GABUNGAN DAYUNGAN
SAPUAN (ALTERNATE SWEEPS STROKE COMBINATION)
·
Gabungan teknik
dayungan sapuan ke hadapan dan ke belakang, dilakukan berselang-seli.
7.
DAYUNGAN SISI
(SIDEWAYS STROKE/DRAW STROKE)
Menggerakkan kayak ke sisi dengan mudah-mudah
merapatkan kayak
Ke tebing/jeti @ rafting.
·
POTONG
Tegakkan pendayung di sisi starboard; tangan kiri berada di atas separas
dahi. Tangan kanan lurus melintang jauh dari kayak, selari pinggang
·
TWIST
Permukaan mata dayung menghadap
starboard kayak.
·
TARIK
Mata dayung ke dalam air, tangan kanan tarik mata dayung rapat ke kayak.
Pusingkan mata dayung 90° untuk potong air.
·
TWIST
Pusingkan semula badan 45° dan
permukaan dayung menghadap sisi kayak. Lakukan dayungan sisi buat kali kedua.
8.
TEKNIK IMBANGAN
(RECOVERY STROKE)
1. Teknik kawalan
imbangan rendah (slap for support low
recovery).
Hanya belakang permukaan dayung menepuk
air. Pendayung
berkedudukan melintang separas pinggang.
2. Teknik kawalan
imbangan tinggi (slap for support high
recovery).
Pendayung
berkedudukan melintang tinggi separas dada pendayung. Jika kayak hilang
keseimbangan di bahagian starboard, jangkau tangan kanan jauh sikit dari kayak.
Tampar permukaan air dengan kuat menggunakan belakang pendayung, lentikkan
bahagian belakang anda ke sebelah kiri dengan segera.
9.
ROCKING
Uji daya imbangan.
Duduk dalam kayak dengan sanggaan kaki yang kemas. Goyangkan badan ke kiri dan
kanan bagi membiasakan diri dengan kocakan air semasa mendayung.
10. BERAKIT
Pendayung merapatkan
kayak. Semua pendayung memegang cockpit kayak yang bersebelahan dengannya.
3.0 7.0 TEKNIK
MENYELAMAT DI AIR
7.1 Teknik
Menyelamat di Air (Kayak)
Banyak kaedah menyelamat yang boleh digunakan semasa aktiviti berkayak.
Ia bergantung kepada situasi sewaktu kecemasan berlaku. Kali ni saya akan
ceritakan berkenaan 4 jenis teknik menyelamat yang telah saya pelajari iaitu; X
rescue, Sideways rescue, H rescue dan HI rescue.
1. X rescue
Teknik menyelamat ini dilakukan apabila anda telah terkeluar sepenuhnya
daripada kayak atau kayak telah dimasuki air dengan banyak. Fungsi utama teknik
menyelamat ini ialah untuk mengeluarkan semua air yang masuk ke dalam kayak dan
membantu mangsa masuk ke dalam kayak semula.
§
Apabila kayak
terbalik, keluar dan lambaikan pendayung ke udara. Rakan yang terhampir akan
datang membantu.
§
Pegang mana-mana
bahagian hujung kayak dan berenang ke arah kayak penyelamat.
§
Serahkan pendayung
kepada penyelamat.
§
Tarik hujung ke atas bahagian geladak hadapan
kayak penyelamat. Penyelamat akan membantu menarik kayak ke atas bahagian
geladak hadapannya sehingga bahagian tengah cockpit kayak anda berada di atas
geladak hadapannya.
§
Anda haruslah berenang ke arah hujung kayak
anda yang menghala ke atas.
§
Pegang hujung kayak
itu dan tekannya ke bawah. Secara automatik, air di dalam kayak anda akan
keluar dengan segera.
§
Tindakan anda tadi seharusnya dibantu oleh
penyelamat yang sama-sama membuat pergerakan jongkang-jongket pada kayak anda.
§
Apabila semua air
telah dikeluarkan, penyelamat akan terbalikkan semula kayak anda ke keadaannya
yang asal
§
Selepeas itu, beliau akan meluncurkannya ke
air dan memegang kayak anda di sisi kayaknya. Pastikan kedudukan kayak anda
menghadap kayaknya bagi memudahkan beliau membantu anda memasuki kayak semula.
§
Anda harus masuk di
antara kedua-dua buah kayak dan tekannya ke bawah.
§
Lonjakkan punggung
dan kaki anda ke atas dengan segera. Masukkan kaki anda ke dalam cockpit
diikuti bahagian pinggang dan kemudiannya keseluruhan badan anda.
§
Kemaskan imbangan
anda dan kini anda boleh kembali berdayung.
1.
Sideways rescue
Teknik ini dilakukan jika kayak yang ingin diselamatkan mengandungi
terlalu banyak air, amat berat dan sukar untuk diselamatkan. Langkah yang perlu
dilakukan ialah :
§
Pastikan kayak
mangsa diletakkan seiring dengan kayak penyelamat utama manakala sebuah lagi
kayak penyelamat bertindak sebagai pengimbang.
§
Sendengkan kayak
mangsa ke sisi, pegang bahagian cockpit dengan kedua-dua tangan dan angkat
kayak ke atas perlahan-lahan. Air akan keluar sedikit demi sedikit dari kayak
mangsa.
§
Apabila air dalam
kayak berkurangan, lakukan teknik X rescue.
1.
H rescue
Teknik ini dinamakan H rescue kerana formasi menyelamatnya yang sama
dengan bentuk 'H'.
§
Dua buah kayak
penyelamat berada berhampiran. Setiap penyelamat memegang hujung kayak mangsa.
§
Buat pergerakan
jongkang-jongket dilakukan bagi mengeluarkan air di dalam kayak.
§
Kayak diterbalikkan
semula ke kedudukan asalnya. kedua-dua kayak penyelamat menghimpit kayak mangsa
di tengah-tengah.
§
Ini bertujuan
membantu keseimbangan kepada mangsa sewaktu proses menaiki semula kayaknya.
1.
HI rescue
§
Pastikan kayak
mangsa berada di tengah-tengah kayak penyelamat.
§
Lintangkan pendayung
di atas cockpit di antara dua buah kayak penyelamat.
§
Tarik kayak mangsa
ke atas pendayung yang dilintangkan. Pastikan bahagian cockpit kayak mangsa
berada di atas pendayung.
§
Buat pergerakan jongkang-jongket untuk
mengeluarkan air dari dalam kayak.
§
Penyelamat akan
mengangkat kayak dan meluncurkannya semula ke dalam air.
§
Penyelamat akan membantu mangsa menaiki semula
kayaknya.
§
Teknik ini kurang
sesuai diaplikasikan kerana kayak mangsa yang berat boleh menyebabkan pendayung
patah.
1.0 8.0 DISIPLIN
KEPELBAGAIAN AKTIVITI KAYAK
8.1 Disiplin Kayak:
Kayak perlumbaan pecut/canoe sprint racing
Canoe sprint dilakukan sama ada bot kano atau bot
kayak dengan beberapa pesaing yang berlainan di dalam merentasi pelbagai jarak.
Bot kayak di gerakkan melalui air menggunakan kaki mereka untuk mengarahkan bot
melalui kemudi. Paddle yang digunakan untuk bot sprint kayak biasanya dibina
dengan bahan serat karbon.
8.2 Disiplin Kayak: Slalom
Disiplin slalom bererti pendayung akan
berusaha menyelesaikan lintasan berarus kuat dan harus memenuhi sejumlah
pensyaratan dalam lintasan akan terdapat sejumlah gerbang yang berwarna merah
atau hijau. Gerbang merah harus dimasuki dengan cara memutar sedangkan gerbang
hijau harus di lewati lurus.
8.3 Disiplin Kayak:
Kayak arus deras/wildwater
Kayak arus deras merupakan aktiviti kayak
ekstreme yang lazimnya dilakukan oleh mereka yang benar-benar mahir dalam
mengendalikannya. Aktiviti ini sering kali dijalankan di kawasan sungai-sungai
yang berjeram. Sebagai persiapan aktiviti ini beberapa alatan yang serba
lengkap perlu digunakan dan beberapa alatan sampingan yang lain yang dirasakan
perlu dalam sesuatu penganjuran kayak arus deras.
8.4 Disiplin Kayak: Kayak polo/canoe polo
Polo menggabungkan kemahiran menunggang dan bola
dan permainan pasukan hubungan di mana taktik dan permainan berpengaruh sama
pentingnya dengan kelajuan dan kecergasan para atlet individu.
1.0
9.0 PENGENALAN ORIENTEERING
9.1 Pendahuluan
·
Orienteering ialah satu cabang pengetahuan
berkaitan dengan teknik- teknik pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain
dengan menggunakan kemahiran membaca peta dan kompas. Orienteering adalah sukan
rekreasi yang memerlukan imbangan di antara koordinasi fizikal dan mental
dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke
satu titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang
diberikan yang telah ditandakan diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi
mengikut susunan tertentu. Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure.
Sukan ini boleh diibaratkan gabungan antara sukan merentas desa
(cross-country), pandu arah dan acara mencari harta karun (tressure-hunt). Ia
meliputi berbagai bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan disamping
menyediakan ruang eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri.
·
Di samping menggunakan kompas dan peta, kita
juga boleh menggunakan panduan angin untuk menentukan arah. Walaubagaimanapun,
cara ini memerlukan pengetahuan penelitian yang betul kerana cara ini kelazimannya
bergantung kepada keadaan cuaca dan hari yang terang. Antara panduan yang lazim
dan kerap digunakan ialah pergerakan matahari dari timur ke barat pergerakan
bintang arah ke barat; kumpulan bintang yang dapat menunjuk arah ke utara;
pengaliran air mata air ke sungai dan mengalir terus ke kuala/laut yang
selalunya ada terdapat perkampungan dan arah tiupan angin.
9.2 Sejarah Perkembangan Orienteering
Mula diperkenalkan di negara-negara
Scandinavia pada awal abad ke 19. Dalam tahun 1918, Major Ernst Killander telah
mengubahsuainya menjadi sukan yang lebih kompetatif, berperaturan dan diterima
ramai. Beliau telah digelar sebagai “Bapa Orienteering”. Orienteering mengikut Model
Killander merangkumi beberapa aspek iaitu dalam aktiviti orienteering bagi
Ernst Killander ialah seseorang itu memerlukan daya ketahanan diri yang tinggi
dalam melakukan aktiviti ini. Aspek stamina merupakan aspek yang diutarakan
oleh beliau yang mengatakan stamina memainkan peranan selepas daya ketahanan
tanpa stamina yang tinggi maka aktiviti yang terdapat dalam orienteering ini
tidak dapatberjalan dengan lancar. Selain daripada itu aspek kecekapan berlari
juga merupakan aspek yang penting kerana seseorang itu perlu tahu bagaimana
hendak menggunankan teknik berlari dengan betul kerana aktiviti orienteering
ini dijalankan di atas permukaan yang berbagai-bagai contoh cara lari menaiki
bukit, cara lari turun bukit dan cara lari pada permukaan yang mendatar semua
itu memerlukan aspek kecekapan berlari yang betul bagi memudahkan aktiviti
berjalan.
Aspek kekuatan mental juga merupakan aspek
yang penting dalam aktiviti orienteering kerana kekuatan mental akan menentukan
tahap kesabaran seseorang itu semasa menghadapi liku-liku dan cabaran dan
dugaan dalam mencapai objektif atau tujuan awal yang dirancang sebelum
menggapai kejayaan. Selain penggunaan skil navigasi dalam bentuk mukabumi yang
lebih mencabar.
IOF ditubuhkan dalam tahun 1961 dengan 10
negara. Antara-antara
Kejohanan-kejohanan dunia yang dianjurkan oleh IOF adalah seperti World Orienteering Championships (WOC), World
Cup (WC), Junior World Orienteering Championships (JWOC), Asia-Pacific Orienteering Championships
(APOC), World Masters Orienteering Championships (WMOC)- 35 tahun keatas. Acara
orienteering terbesar yang dianjurkan adalah O-Ringen (Swedish Five-Days) yang
melibatkan penyertaan antara 15000 hingga 25000 orang.
9.3 Perkembangan Orienteering di Malaysia
·
Bermula dari satu bengkel orienteering yang
dikendalikan oleh En. Wan Sabri Wan Mansor (Dr), Pensyarah UPM di Hutan Simpan
Air Hitam, UPM pada tahun 1983.
Penubuhan Persatuan Orienteering Pulau Pinang (POA) dalam tahun 1983.
Diikuti dengan penubuhan Persatuan Orienteering Selangor & Wil. Persekutuan
(WOA) pada tahun 1986. Kejohanan Orienteering Terbuka Malaysia (MOOC) yang
pertama telah diadakan dalam tahun 1988. Malaysia bergabung dengan IOF dalam
tahun 1992 melalui WOA. Penubuhan Persatuan Orienteering Malaysia (MOA) dalam
tahun 1994. Penubuhan 5 buah cawangan negeri iaitu Kedah, Johor, Terengganu,
Selangor, Wilayah Persekutuan dalam tahun 1996. MOA Caw. Pulau Pinang dan MOA
Caw. Sabah pula ditubuhkan pada tahun 1997.
SEBAB
ORIENTEERING DIPERKENALKAN DI MALAYSIA,
·
Dijadikan sebagai salah satu aktiviti rekreasi
yang popular
·
Sebagai modul dalam pendidikan dan latihan
·
Membina keyakinan diri dan sikap positif
·
Menguji ketahanan mental dan fizikal
·
Boleh digunakan dalam operasi menyelam
9.4 Jenis-Jenis Orienteering
i.
Orienteering Merentas Desa (Cross Country
Orienteering)
Pada umumnya, apabila disebut orienteering, ia
dirujuk kepada orienteering jenis ini – orienteering merentas desa. Ia juga dikenali sebagai
acara klasik. Di dalam acara ini, peserta adalah dimestikan melawat kesemua titik-titik
kawalan menurut aturan yang telah ditetapkan. Sekiranya peserta tidak melawat
salah satu titik kawalan tersebut. Penyertaannya dikira batal. Orienteering ini
biasanya dijalankan dikawasan rupa bumi yang pelbagai. Format ini lebih sesuai
untuk pertandingan kerana kesemua peserta umumnya akan menghadapi cabaran yang
hampir sama.
ii.
Orienteering Bermarkah (Score orienteering)
Di dalam acara jenis
orienteering bermarkah, banyak titik-titik kawalan disediakan di mana setiap
titik kawalan mempunyai mata yang tertentu bergantung kepada jarak dan
kesukaran teknikal. Peserta adalah bebas untuk memilih mana-mana titik kawalan
untuk dilawati. Walau bagai mana pun masa adalah dihadkan dan biasanya 60
minit. Peserta yang melebihi dari had masa yang ditetapkan akan dikenakan
penelti dan bentuk penelti bergantung kepada penganjur. Matlamat acara
orienteering bermarkah ini adalah untuk mengumpul mata yang banyak dengan
melawati seberapa banyak kawalan yang boleh di dalam masa yang dihadkan. Format
ini adalah sesuai untuk peserta-peserta baru kerana penyertaan mereka tidak
terbatal jika tidak melawat salah satu titik kawalan. Walau bagai mana pun
acara ini nampaknya agak mudah tetapi peserta perlu merancang dan meneliti
landasannya sendiri dalam keadaan masa yang terhad.
iii.
Orienteering Jalan raya (Street orienteering)
Walau pun dikenali
sebagai orienteering jalanraya tetapi ianya tidaklah dilakukan di jalan raya
yang sibuk. Acara ini dijalankan dikawasan perumahan. Penanda kawalan biasanya
tidak digunakan sebaliknya peserta perlu mencatit butiran atau maklumat yang
terdapat di sesuatu titik kawalan seperti nombor pili bomba dan sebagainya.
iv.
Orienteering Bukit (Mountain orienteering)
Orienteering ini
dijalankan dikawasan berbukit-bukit di samping jarak yang agak jauh. Terdapat
juga di mana acara ini dijalankan melebihi dari satu hari dan di dalam keadaan
ini peserta perlu membawa bersama-sama peralatan bermalam. Format ini
memerlukan peserta yang berpengalaman dan tahap fizikal yang agak tinggi memandangkan
landasan acara ini yang mencabar serta memerlukan navigasi dan daya keyakinan
yang mantap.
v.
Orienteering Malam (Night orienteering)
Orienteering malam
dijalankan dikawasan terbuka seperti di taman-taman dengan jarak landasan yang
pendek demi keselamatan para peserta serta masa yang terhad. Peserta perlu
membawa lampu untuk membaca peta dan mencari penanda kawalan.
vi.
Orienteering Berganti-Ganti (Relay
orienteering)
Acara ini dijalankan
dengan penyertaan secara berpasukan, 3 atau 4 orang. Setiap ahli dalam pasukan
akan menamatkan landasan beliau sebelum digantikan oleh rakan sepasukan di satu
tempat penggantian yang telah ditetapkan. Setiap peserta di dalam sesuatu
pasukan akan melalui landasan yang berbeza.
vii.
Norwegian Event
Acara ini adalah satu
acara yang digunakan bagi menyediakan satu landasan yang panjang di dalam
kawasan yang kecil ataupun di kawasan yang sempit. Tidak seperti acara lain,
peserta bagi acara ini akan hanya diberi menyalin kedudukan titk permulaan dan
titik kawalan pertama sahaja terlebih dahulu. Apabila tiba di titik kawalan
pertama, peserta akan menyalin kedudukan titk kawalan yang kedua pula dari satu
peta yang tersedia di situ. Proses ini akan terus dilakukan sehingga peserta
tiba di titik penamat.
9.5 Kebaikan Sukan Orienteering
·
Sukan untuk semua
·
Meningkatkan kecergasan fizikal
·
Meningkatkan kecergasan mental & daya
tumpuan
·
Memberi cabaran & keseronokan
·
Membina sikap positif & keyakinan diri
·
Menggunakan persekitaran yang sihat
·
Meningkatkan kemahiran pembacaan peta &
kompas
·
Memupuk sifat keberanian & ketenangan
dalam keadaan cemas
1
10.0 TERMINOLOGI DAN ALATAN ORIENTEERING
1.
Titik kawalan
(Control point)
§
Suatu tanda
kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang perlu dilawati oleh peserta.
§
Biasanya merupakan
ciri-ciri mukabumi atau ciri-ciri buatan manusia yang jelas.
§
Titik kawalan
bukanlah “check-point” kerana ia tiada penjaga dititik ini.
2.
‰ Penanda kawalan
(Control marker)
• Tujuannya bagi
membantu peserta tiba kedestinasi yang betul.
• Suatu objek yang diperbuat
daripada kain berwarna merah muda dan putih sebagai
tanda yang diletakkan di Titik kawalan
(dalam lingkungan 10m).
• Mempunyai kod
kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang unik.
• Peraturan IOF
tidak membenarkan No. 1 hingga 40 dijadikan sebagai No. Kod Kawalan.
3.
‰ Kad kawalan
(Control card)
• Setiap peserta
perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika menyertai acara
sebagai bahan bukti atau pengesahan.
• Dalam kad ini akan
dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start time) dan tersedia
petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di
titik kawalan nanti. Kad ini perlu
diserahkan kepada penjaga masa digarisan
penamat untuk dicatatkan masa penamat.
11.0 PETA
Peta adalah lukisan
bagi gambaran bentuk mukabumi bagi sesebuah kawasan yang dilihat dari udara.
Peta adalah sumber maklumat bagi kawasan berkenaan. Mempunyai tajuk, kontor,4
skala, petunjuk, garisan melaras dan kod warna yang akan memberi kemudahan dan
tangkapan yang tepat mengenai rupa bumi kawasan berkenaan.
11.1 Jenis-Jenis Peta
Terdapat beberapa
jenis peta yang diterbitkan seperti berikut:
Peta topo
Peta panduan jalanraya
Peta khusus
Peta Atlas
Peta
Imejan Satelit
Peta Orienteering
11.2 Kandungan Peta Orienteering
·
Tajuk peta
·
Arah Utara
·
Skala - samada
1:5000, 1:10000, atau 1:15000
·
Petunjuk peta
·
Garisan melaras
utara-selatan
·
Kredit – kerjaukur,
kartografi, tarikh cetakan, penaja dsb.
11.3 Warna-warna dalam Peta
Terdapat 6 warna
yang ditentukan mengikut standard IOF. Warna tersebut
adalah:
·
Hitam - ciri-ciri
buatan manusia & batu
·
Perang - kontor
& jalanraya
·
Kuning - keadaan
tumbuhan: lapang dan terbuka
·
Putih - keadaan
tumbuhan: berpokok/boleh berlari
·
Hijau - keadaan
tumbuhan: berjalan/redah
·
Biru - kawasan
berair
11.4 Bentuk Muka Bumi
Garisan kontor dalam
peta akan menerangkan maksud paras ketinggian yang bagi keadaan mukabumi berkenaan.
Antara yang perlu diketahui adalah:
·
Susuh bukit (spur) -
sejalur tanah yang menganjur keluar
·
Ceruk (re-entrant) -
berlawanan dengan susuh bukit
·
Permatang (ridge) -
tanah tinggi yang memanjang
·
Pelana (saddle) -
suatu lekukan yang terletak diantara dua bukit
·
Knol (tanah yang
lebih besar dari busut tetapi kecil dari anak bukit)
12.0 KOMPAS
Kompas adalah alat
pengemudian arah yang mempunyai jarum magnetic merah hitam serta ditandai
dengan ukuran sama dalam mil atau darjah. Ia merupakan alat bantu dalam sukan
orienteering. Kompas digunakan bagi menentukan arah
sesuatu tempat sama ada di atas peta atau di permukaan bumi. Ketetapan sesuatu
kompas adalah bergantung kepada kepekaan jarumnya yang mudah dipengaruhi
keadaan sekeliling terutama badan besi dan magnet. Dua jenis kompas yang selalu
digunakan ialah kompas prismatik dan kompas silva. Kompas dari jenis silva
adalah yang paling sesuai untuk digunakan di dalam aktiviti orienteering.
12.1 Jenis Kompas
Terdapat berbagai
jenis kompas dan jenama yang dikeluarkan untuk tujuan navigasi. Antaranya
adalah:
Ø
Kompas Tentera
Ø
Kompas Orienteering
Ø
Kompas Marin
Ø
Kompas Kiblat
Ø
Kompas Digital
§
Kompas orienteering
pula terdapat dalam berbagai bentuk dan jenama antaranya baseplate compass,
thumb compass dan clip compass. Ianya direkacipta agar lebih
mudah dan praktikal. Dua jenama yang popular adalah Suunto buatan Finland dan
Silva buatan Sweden.
12.2 Kegunaan
Kompas Orienteering
Kompas orienteering boleh digunakan untuk tujuan berikut:
·
Mengukur jarak
·
Menentukan kedudukan
·
Mencari arah
12.3 Anatomi Kompas Orienteering
Gambarajah Kompas Silva
PETUNJUK
i.
Skala dalam mm dan
inci
ii.
Kepingan tapa telus
cahaya
iii.
Utara dial
iv.
Jarum magnetik Utara
v.
Bekas kompas
mengandungi cecair dengan dial berpengukur dan garisan pengarah
vi.
Anak panah arah perjalanan
vii.
Kanta pembesar
viii. Petunjuk indeks (untuk mentap dan membaca bearing)
ix.
Anak panah
x.
Dial
xi.
Lubang untuk ikat
tali
·
Mengukur bearing di
atas peta
Pengukuran bearing dari satu titik kawalan
ke titik kawalan yang lain yang ditandakan di atas peta boleh dibuat melalui
beberapa peringkat contohnya di antara titik K dan titik L.
a)
Letakkan kompas di
atas garis penghubung diantara titik K dan titik L yang ditanda di peta. Jika
garisan penghubung sukar dilihat kerana dilindungi oleh kompas, aturkan supaya
satu daripada bahagian tepi kornpas selari dengan garisan penghubung K dan L.
Pastikan anak panah mara menghala ke arah titik yang hendak dicari bearing. Dalam
contoh ini titik yang bearingnya hendak dicari ialah L. Oleh itu anak panah
mara hendaklah menghala ke L dan bukan ke K.
b)
Tanpa mengubah
kedudukan kompas di atas peta, pusingkan dial sehingga anak panah kompas dan
garisan girid selari dengan garisan penghubung K dan L. Pada masa yang sama
jarum utara kompas hendaklah sama arah dengan utara peta.
c)
Bacaan bearing K ke
L didapati dari garisan indeks.
·
Mencari Bearing
Objek Di Atas Tanah
Cara mencari bearing kompas dengan
menggunakan kompas orienteering adalah seperti berikut:
a)
Hendaklah berdiri
menghala ke arah objek yang akan dicari bearingnya.
b)
Kompas hendaklah
diletakkan di atas tapak tangan denqan kedudukan tapak tangan rata. Tentukan
kedudukan anak panah mara menghala ke arah objek yang hendak dicari bearing.
Selepas itu pusingkan badan anda perlahan-Iahan sehingga anak panah mara
betul-betul menghala kepada objek yang tuju.
c)
Tanpa membuat
apa-apa perubahan kedudukan kompas, pusingkan dial sehingga jarum kompas
bertindih selari dengan anak panah kompas bertindih selari dengan anak panah
kompas. Tentukan utara jarum kompas sehala dengan utara anak panah. Bearing
kepada objek tersebut diperolehi pada bacaan yang ada garisan indeks.
·
Menentukan Kedudukan Peta Dengan Menggunakan Kompas
Peta diletakkan di atas permukaan yang rata.
Kemudian letakkan pula kompas di atas peta tersebut di mana anak panah kompas
menghala ke utara peta dan selari dengan garisan grid timuran di peta. Kemudian
pusingkan peta sehingga jarum kompas bertindih selari dengan anak panah kompas.
Dalam keadaan sedemikian peta diorientasikan sejajar dengan bumi.
·
Panduan Lazim
Bagi pengembaraan yang tidak menggunakan
peta dan kompas, terdapat cara lain yang boleh digunakan untuk menunjuk arah. Walaubagaimanapun
cara ini memerlukan pengalam dan penelitian yang terang dan jelas. Di antara
panduan lazim yang biasa
digunakan ialah:
a)
Matarahari, Matahari terbit di
sebelah timur dan terbenam di barat. Arah ini boleh diketahui melalui bayang-bayang.
Jika kita dapat mengetahui arah barat dan timur, maka bolehlah kita tentukan
arah yang hendak kita tuju.
b)
Bulan, Bulan juga terbit di
sebelah timur. Oleh yang demikian dapatlah kita mengetahui arah mata angin
dengan berpandukan bulan pada waktu malam.
c)
Bintang, Bintang
bergerak ke arah barat.
d)
Sungai, Air mengalir
kehilir, selalunya ke hilir sungai ada terdapat perkampungan. Oleh yang
demikian, jika kita menghilir sungai, kita akan berjumpa dengan manusia, dan
dari situ dapatlah kita menentukan semula arah.
·
BERGERAK KE TEMPAT
DITUJU
Perancang Perjalanan
Sebelum bergerak ke
tempat yang dituju sedikit perancangan perlu dilakukan untuk memastikan
perjalan akan menjadi lebih mudah dan selamat. Beberapa perkara yang perlu
diberi perhatian dalam perancangan adalah seperti berikut:
a)
Tentukan arah di
atas peta dengan jelas dan tepat.
b)
Dalam apa keadaan,
kita hendaklah tahu dan cekap meramal sesuatu yang boleh ditemui di hadapan
kita.
c)
Kita hendaklah
mencatit apa-apa yang luarbiasa atau mercutanda yang boleh ditemui di sepanjang
perjalan sebagai rujukan.
d)
Bagi kawasan tinggi
dan berbukit-bukau, mengikut permatang akan memudahkan perjalanan. Tidak ada gunanya menyusur sungai kerana tebing sungai curam di kawasan
gunung. Ada baiknya mendaki dari kawasan A, mengikut permatang dengan ini
kawasan menurun yang curam dapat dielakkan. Di kawasan B, boleh dijadikan
tempat berhenti dan rehat diwaktu malam kerana ada air. Kawasan baik sebagai
tempat perlindungan. Perjalanan ke C, mengikut permatang sebelum ke kawasan
lurah. Ikut susuh bukit menuju sungai.
e)
Bagi kawasan landai
dan rata, menyusur sungai menjadi lebih mudah, walaubagaimanapun patut
mengambil perhatian bahawa kawasan sungai biasanya berpaya, berbelit dan mudah
banjir. Setelah menetapkan tempat yang hendak dituju
dan merancang perjalanan untuk sampai ke tempat tersebut, kita hendaklah
sentiasa menjaga arah haluan perjalan yang disesuaikan dengan keadaan muka bumi
dan tumbuh-tumbuhan, supaya ianya tidak menyimpang daripada matlamat asal. Jika
kehilangan haluan kita hendaklah berhenti dengan segera, berehat sebentar,
tenangkan fikiran dan menyemak semula arah laluan.
Kaedah Pergerakan
Bergerak dalam kumpulan
·
Hendaklah bergerak
dalam tertib dan formasi yang teratur.
·
Adakan perbincangan
sebelum perjalanan dibuat.
·
Hendaklah bergerak
dalam pasangan, jangan berpecah terutamanya pada waktu malam gelap. Tiap
pandangan hendaklah sentiasa berada dalam jarak yang mudah dilihat dan
didengar panggilannya.
·
Jika bergerak dalam
kumpulan yang besar, boleh mengarahkan satu kumpulan kecil untuk mencari jalan,
rintis dan (jika perlu) menyediakan tapak khemah untuk rehat.
·
Ketua kumpulan
jangan bergerak terlalu cepat. Jika ada rintangan perhatikan semua telah
melepasinya dan mendapatkan rehat yang cukup.
·
Adalah lebih baik
melangkah dengan seragam dan bergerak perlahan kerana ini kurang memenatkan.
Sebaik-baiknya hendaklah melenggang dan jangan memasukkan tangan di dalam saku.
·
Kerapkali mengambil
rehat dan bertanya keadaan setiap orang. Jika membawa galas, hendaklah sentiasa
dibetulkan dan disusun semula supaya kemas dan seimbang.
Bergerak waktu malam
Berjalan di waktu
malam di kawasan yang kurang diketahui sangat membahayakan kerana penglihatan
yang terhad dan kurang jelas. Keadaan ini boleh menyebabkan kita mudah
kehilangan arah yang dituju. Oleh yang demikian, penggunaan kompas untuk
memandu pergerakan amatlah perlu. Di samping itu hendaklah sentiasa menggunakan
pendengaran dan hiduan, di samping melangkah dengan perlahan dan menguji tempat
dipijak sebelum bergerak.
Bergerak di kawasan bukit dan
gunung
Di kawasan berbukit
dan melereng, adalah baik bergerak di kawasan yang tinggi iaitu mengikut
permatang. Perjalanan mengikut sungai adalah memakan masa kerana ianya mungkin
menempoh jeram, tebing tinggi dan batu licin yang sukar hendak dilalui dengan
berjalan kaki. Di kawasan lereng curam, langkah hendaklah dipendekkan.
Penggunaan tali atau pun pemegang semasa menuruni lereng licin amatlah
digalakkan. Bagi lereng yang terlalu curam, bergerak mengikut arah zigzig
adalah digalakkan untuk mengelakkan berlaga lutut. Semasa menuruni lereng yang
curam, lutut hendaklah sentiasa dibengkokkan, dan gunakan tumit untuk mencari
tapak.
Bergerak di dalam hutan
Berjalan dalam
kawasan hutan ada kalanya perlu membuat rintis dan menebas tumbuhan untuk
memudahkan perjalanan. Jika perlu menebas tebang pokok kecil, hendaklah dibuat
seberapa rapat ke tanah supaya pokok tumbang tidak menghalang jalan dan tidak
terdapat tunggul yang boleh membahayakan, terutamanya jenis buluh. Jika
terdapat tumbuhan duri Mengkuang dan Asam paya yang tebal, jangan cuba dirintis
tetapi sebaik-baik buatlah susuran.
Menyeberangi sungai
Panduan berikut
boleh diikuti untuk keselamatan:
·
Kuala sungai selalunya
luas dan dalam, dan terikat dengan keadaan air pasang surut. Cuba elakkan dari
menyeberangi kawasan ini kecuali ada perahu atau rakit.
·
Sebelum menyeberang
semak dahulu kedalaman air dan kekuatan aras.
·
Ulu sungai walaupun
tidak luas, airnya selalu laju, ada terdapat jeram, tebing, curam dan
berbatu-batu.
·
Jangan mengharung
air jika terlau sejuk, ini mung kin menyebabkan terjadinya ketegangan otot.
Boleh menyeberang jika air kurang dari paras lutut dan segera keringkan seluar
selepas sampai ke darat.
·
Gunakan kayu untuk
mengukur kedalaman dan kelajuan air.
·
Jika berseluar
panjang hendaklah dilipat untuk mengurangkan tolakan/tarikan air.
·
Hendaklah
menyeberang secara mengereng di kawasan air dalam, jika air laju hendaklah
membelakarigkan tebing yang dituju kerana tolakan air laju akan memudahkan kita
menyeberang.
Panduan Jarak dan Tempoh Masa Perjalanan
Dalam keadaan biasa,
kelajuan perjalan yang diambil adalah berbeza dari satu situasi yang lain. Bagi
membantu kita merancang perjalanan untuk sampai ke sasaran, panduan kelajuan
berikut bolehlah digunakan.
Keadaan Muka Bumi Kelajuan
·
tanah lapang = 4 – 5 kmj
·
mendaki = 2 -2.5 kmj
·
meredah hutan rata = 2.5 – 3.5 kmj
·
meredah hutang
lereng = 1 – 1.5 kmj
·
meredah lalang tebal
= 0.5 – 0.8 kmj
·
meredah resam tebal = 0.1 – 0.3 kmj
·
meredah hutan pava
dalam = 0.1 – 0.2 kmj
TINDAKAN APABILA SESAT JALAN
Tanda-tanda awal yang menunjukkan berlakunya kejadian
sesat jalan ialah apabila kita didak sampai ke tempat yang dituju dalam masa
yang sewajarnva. Dalam keadaan ini.
Langkah-Iangkah berikut perlulah diambil:
·
Hentikan perjalanan
dan berehat dahulu. Jangan panik.
·
Teliti peta dan
bandingkan dengan perjalanan yang telah dibuat.
·
Berpatah balik ke
belakang ke titik kawalan atau lokasi terakhir jika kita tidak dapat memastikan
di tempat sebenar kita berada.
·
Jika selepas
berpatah balik ke lokasi akhir juga tidak dapat membantu mencati sasaran, maka
gunakan deria untuk menetap dan mencari kawasan yang ada manusia. Gunakan
kompas untuk mengambil bearing ke arahnya.
·
Jika anda masih
gagal, carilah aliran air atau anak sungai dan mengikutnya sehinqqa ke sungai
dan berjumpa perkampungan.
Langkah pencegahan daripada sesat jalan
Langkah-Iangkah
berikut hendaklah diberi perhatian yang mengelakkan dari berlakunya
sesat jalan.
·
Jangan terburu-buru
semasa bergerak.
·
Selalu semak arah
perjalanan menggunakan peta dan kompas dengan keadaan muka bumi yang ditempuhi.
·
Lakarkan laluan
perjalanan dari satu titik ke titik kawalan yang lain dan menandakan ciri-ciri
muka bumi yang ditemui
·
Jika mengesyaki
sebarang kesilapan berlaku, maka pergerakan hendaklah dihentikan segera.
Selepas semakan dan· pembetulan ke atas bacaan kompas dan peta dibuat,
perjalanan bolehlah diteruskan.
13.0 TEKNIK-TEKNIK ASAS
ORIENTEERING
Peta merupakan satu alat yang utama untuk bergerak dan
dibantu oleh kompas. Segala maklumat yang ada dalam peta adalah amat berguna
kepada seseorang orienteer di dalam merancang pergerakkan dan menetukan
kedudukan semasa bergerak. Pergerakkan dan satu kawalan ke satu kawalan yang
lain tidak semestinya dalam satu arah yang lurus iaitu dengan kata lain tidak
semestinya mengikut arah kompas 100%. Malah pada satu peringkat dalam landasan
mungkin tidak memerlukan kompas langsung tetapi hanya berpandukan peta sahaja.
1) Persediaan Peta
·
Perkara
utama yang patut dilakukan semasa menerima peta ialah melaras dan menentukan
utara peta kompas, ia menentukan kedudukan ketika itu. Untuk mengemudi diri
dengan lancar dan pantas, perlu sentiasa melaras peta agar ciri-ciri di atas
peta selari dengan ciri-ciri yang sama di atas tanah. Bagi membantu anda
berlari dan pada masa yang sama mengetahui kedudukan anada, sebaiknya peta
dilipat sekecil yang boleh hanya mempamirkan laluan yang anda ikuti. Peta
hendaklah dipegang dengan tangan kiri ibu jari kiri sentiasa mengikuti dan
menunjukkan laluan pergerakkan. Ini akan memudahkan anda sentiasa mengetahui
kedudukan anda di atas peta serta mengurangkan risiko untuk sesat.
2) Teknik Susur Tangan
·
Bagi
mereka yang baru dalam orienteering. Seseorang itu digalakkan memilih laluan
yang menggunakan ciri-ciri sebagai panduan pergerakkan di mana ciri-ciri ini
adalah sesuatu yang mudah dikenal pasti dan diikuti di atas tanah. Ciri-ciri
yang dimaksudkan ini antara lainnya ialah jalan, lorong kaki, sungai, pagar dan
sebagainya dimana ia dikenali sebagai ciri garisan (line feature). Kaedah
penggunaan ciri garisan ini dinamakan sebagai teknik susur tangan. Sebelum
memulakan pergerakkan cuba perhatikan apakah ciri garisan yang boleh digunakan
sebagai susur tangan. Pastikan ciri tersebut dapat membawa anda seberapa hamper
ke titik kawalan yang anda tuju ataupun setidaknya ciri tersebut menghala
selari kea rah pergerakan anda walaupun hanya separuh perjalanan sahaja.
3) Teknik-Teknik Sasaran
·
Titik
panduan untuk mengubah arah pergerakkan Apabila anda tidak menggunakan arah
kompas tetapi membuat pilihan laluan yang lain seperti menggunakan ciri garisan
dan sebagainya, anda perlu membuat pembetulan atau mengubah arah pergerakkan
dari masa ke semasa untuk tiba ke titik kawalan. Oleh yang demikian anda perlu
pastikan satu siri sebagai titik sasaran untuk dijadikan panduan di mana
apabila tiba di titik sasaran tersebut. Anda akan mengubah laluan samada anda
akan melaras kompas semula atau menggunakan pilihan laluan lain.
·
Ciri
rujukan/sasaran sebelum tiba di titik kawalan
Selain dari
menjadi titik sasaran sebagai panduan tempat untuk mengubah laluan, titik
sasaran juga digunakan sabagai satu siri yang boleh dirujuk untuk mengesahkan
yang anda hamper tiba di titik keadaan ini perlulah yang agak hamper dengan
sesuatu titik kawalan. Elakan menggunakan banyak titik-tittik sasaran di dalam
setiap peringkat pergerakan anda kerana melengahkan pergerakan
·
Relokasi
Relokasi adalah
suatu teknik atau prosedur yang digunakan apabila anda tidak pasti akan kedudukan
apabila anda tidak pasti akan kedudukan sebenar anda atau apabila anda sesat.
a) Jangan panik jika anda rasa anda telah
sesat
b) Jangan bergerak/merayau-rayau tidak tentu
arah
c) Laraskan peta kearah peta utara dan cuba
bandingkan corak ciri-ciri yang yang anda boleh lihat
d) Jika anda masih tidak dapat menetukan
kedudukan cuba ingat ciri terakhir yang telah dilalui dan semak di dalam peta
e) Setelah 2 minit dan anda masih sesat, cuba
bergerak kea rah ciri garisan yang jelas. Dapatkan kedudukan anda dan teruskan
pergerakkan ke titik kawalan.
f) Jika anda risau dan masih ragu-ragu cuba
dapatkan bantuan sesiapa atau balik ke titik permulaan.
g) Satu perkara nyang perlu diberi perhatian
ialah anda mesti melaporkan diri samada di titik penamat atau titik permulaan
sekiranya anda tidak mahu meneruskan acara.
14.0 DISIPLIN KEPELBAGAIAN
SUKAN ORIENTEERING
14.1 Disiplin Orienteering Merentas Desa (Cross-Country
Orienteering)
-Di dalam acara ini,
peserta adalah dimestikan melawat kesemua titik-titik kawalan menurut aturan
yang telah ditetapkan. Sekiranya peserta tidak melawat salah satu titik kawalan
tersebut. Penyertaannya dikira batal. Orienteering ini biasanya dijalankan
dikawasan rupa bumi yang pelbagai. Format ini lebih sesuai untuk pertandingan
kerana kesemua peserta umumnya akan menghadapi cabaran yang hampir sama.
14.2 Disiplin Orienteering Bermarkah (Score
Orienteering)
-Di dalam acara jenis orienteering bermarkah, banyak
titik-titik kawalan disediakan di mana setiap titik kawalan mempunyai mata yang
tertentu bergantung kepada jarak dan kesukaran teknikal. Peserta adalah bebas
untuk memilih mana-mana titik kawalan untuk dilawati. Walau bagai mana pun masa
adalah dihadkan dan biasanya 60 minit. Peserta yang melebihi dari had masa yang
ditetapkan akan dikenakan penelti dan bentuk penelti bergantung kepada
penganjur. Matlamat acara orienteering bermarkah ini adalah untuk mengumpul
mata yang banyak dengan melawati seberapa banyak kawalan yang boleh di dalam
masa yang dihadkan. Format ini adalah sesuai untuk peserta-peserta baru kerana penyertaan
mereka tidak terbatal jika tidak melawat salah satu titik kawalan. Walau bagai
mana pun acara ini nampaknya agak mudah tetapi peserta perlu merancang dan
meneliti landasannya sendiri dalam keadaan masa yang terhad.
14.3 Disiplin Orienteering Bukit (Mountain
Orienteering)
-Orienteering ini
dijalankan dikawasan berbukit-bukit di samping jarak yang agak jauh. Terdapat
juga di mana acara ini dijalankan melebihi dari satu hari dan di dalam keadaan
ini peserta perlu membawa bersama-sama peralatan bermalam. Format ini
memerlukan peserta yang berpengalaman dan tahap fizikal yang agak tinggi
memandangkan landasan acara ini yang mencabar serta memerlukan navigasi dan
daya keyakinan yang mantap.
14.4 Disiplin Orienteering Berganti-ganti (Relay
Orienteering)
-Acara ini dijalankan
dengan penyertaan secara berpasukan, 3 atau 4 orang. Setiap ahli dalam pasukan
akan menamatkan landasan beliau sebelum digantikan oleh rakan sepasukan di satu
tempat penggantian yang telah ditetapkan. Setiap peserta di dalam sesuatu
pasukan akan melalui landasan yang berbeza.
Pembatalan Penyertaan
Peserta akan diberikan “Did not finish” (DNF) atau
pembatalan penyertaan (DISQ) apabila berlakunya perkara-perkara seperti
berikut:
·
Gagal
memulangkan kad kawalan.
·
Tidak
menebuk kad kawalan dengan selengkapnya.
·
Tebukan
yang dibuat terkeluar petak yang sepatutnya.
·
Tebukan
yang kurang jelas/berubah corak.
·
Tidak
membantu peserta lain yang sangat memerlukan bantuan kecemasan.
·
Meniup
wisel tanpa alasan munasabah.
·
Menaiki
sebarang kenderaan kecuali bagi acara yang dibenarkan.
·
Bertindak
untuk cuba menipu semasa pertandingan dengan pelbagai cara.
Prosedur
Menyertai Acara
Di Malaysia, pakaian yang sesuai untuk orienteering
adalah pakaian sukan yang memudahkan larian. Gunakan kasut yang sesuai mengikut
keadaan tanah kawasan pertandingan. Jangan berlari sambil membawa muatan
seperti beg galas, botol air minuman, parang atau sebagainya.
Pendaftaran/permulaan
·
Daftarkan
diri dengan mengisi butir-butir perlu dalam kad kawalan. Pilihlah landasan yang
sesuai untuk anda. Serahkan semula kad kawalan anda dan dapatkan masa mula.
·
Apabila
tiba giliran anda, dapatkan peta dan pergi kegarisan permulaan. Tentukan kad
kawalan dan peta yang betul untuk anda. Salin peta utama jika diarahkan.
·
Laraskan
peta, ambil arah laluan dan mulakan larian ke penanda kawalan yang pertama dan
seterusnya.
Di garisan penamat
·
Serahkan
dengan segera kad anda apabila sampai dikaunter penamat. Masa tamat akan
dicatatkan pada kad anda.
·
· Semua peserta mesti melapurkan diri di tempat penamat walaupun gagal menghabiskan pertandingan Ini bertujuan bagi mengelak dari diklasifikasikan sebagai peserta yang hilang.
Terbaik info
BalasPadam